Saturday, March 10, 2007

Itik Pulang Petang


Dua malam lepas itik-itik berjumpa sekali lagi. Kali ini ibu dan anak-anak itik pun dibawa sekali! Bapak Itik (BI) bawa ibu itiknya, dan Itik Boroi (IB) terus bawa ibu dan anak-anak itiknya.

Semalam juga kami dapat Itik Gembo (IGo) yang mengaku dia macam itik biru dalam iklan Digi; dia pun bawa ibu itiknya. Ibu-ibu itik kepada BI dan IGo semuanya tengah sarat dengan anak itik yang baru.

Semalam juga kami dapat itik baru – Itik Fit (IF). IF datang dari gym semalam, siap dengan berpakaian sukan iaitu seluar pendek dan singlet.

Yang tidak ada semalam – Itik Sekati (IS) yang kini berada di Australia dan tidak pulang-pulang, Itik Berkira (IB) dan Itik Lucah (IL) dari Melaka yang sampai sekarang masih belum dapat bersama-sama kami. Itik Kelakar (IK) terpaksa pulang awal kerana ibu itiknya memanggil-manggil dari bilik!

Itik Gempal (IG), Itik Pungut (IP) dan Itik Kiasu (IKu) seperti biasa hadir tanpa gangguan dari sesiapa.

Banyaklah hilai tawanya semalam terutama selepas membaca borang maklumbalas secara berjemaah. Itik-itik juga melakukan post-mortem program minggu lepas di samping meneliti semula profail setiap anak itik di Kuala.

Pada peringkat awal menjaga anak-anak itik ini sudah tentu banyak masa dihabiskan untuk mengenali mereka, mendapat kepercayaan, membina struktur latihan dan lain-lain. Paling kurang sessi “Itik Pulang Petang” (IPP) semalam telah bersetuju tarikh-tarikh dan program khusus bagi setiap sessi yang akan berlangsung sepanjang tahun. Harapan kita tarikh-tarikh itu direstui oleh tuan punya kandang itik.

Itik-itik juga kini sedang meneliti maklumbalas (yang anonymous) dengan borang profail, untuk memadankan maklumbalas dengan profail melalui tulisan! Selepas ini, Bapak Itik dan Itik Kelakar akan boleh memantau perubahan sikap anak-anak itik kita sepanjang tahun ha ha ha.

Kadang-kadang perasaan itik-itik pun berkecamuk, kerana kita tidak pasti sejauh mana kita mahu bergelumang, berenang dan bermain kotor dengan anak-anak itik ini; sedangkan anak itik kita sendiri pun masih belum terjaga sepenuhnya. Tetapi dari IPP semalam, nampaknya semua itik-itik berkobar-kobar dan sudah ada “unity of purpose” samalah seperti iklan itik Digi.

Memanglah memulakan projek sentiasa menyeronokkan kerana the promises and hopes that we build with the kids, tetapi selalunya kekecewaan pada kemudian hari sentiasa menguji komitmen kita.

Tetapi setakat yang termampu, itik-itik akan terus ber-quack!

PS: Yang bagi nama yang maha LOCENG itu adalah Itik Lawak dan Rakan2, aku langsung tidak terlibat. Terikut-ikut dengan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang kot. Tu belum lagi Badut nya attempt to put a new motto "You Are The Driver"!

PPS:IF juga dikenali sebagai Itik Gedik (IG)

3 comments:

  1. Ber'quack' selagi boleh...
    Bagusnya batch ni.

    ReplyDelete
  2. Hi Kawai.. heheh

    Sekali pandang Didee kat centre macam Chibiok (size-wise). Dua kali pandang nampak baby-face. 3 kali pandang, confirm bukan kot. Sapa Itik Sekati kat Aussie Ruff. Boleh gak aku buat reunion..

    ReplyDelete
  3. ha ha itik sekati tu = bulu dia hitam, suara dia serak2 basah lepas tu suka kejar orang.

    Translate to budak batch kita, sapa lagi kalau bukan Wong.

    Tp dia dah balik malaya, last aku dengar dia conduct course apa pulak kat PD.

    Ada lagi laaa manusia yg kena jerit "wooooi lari kepit telur", which aku berkali2 explain kat Wong - "memang laa lari kena kepit telur, habis kau nak tinggal mana telur tu..."

    ps: didee ni tak se-cute "didee" kita, sbb "didee" kita sah pernah ada attempt nak rubbing dia ha ha ha

    ReplyDelete