Monday, January 22, 2007

Road to Sukantara: Bowling 2007

Mat(T)top (Nota 1) selaku Pengendali Majlis atas lantikan peribadi, telah pun mengumumkan butiran pertandingan bowling ("mangkukkan" mengambil sempena "bowl" = mangkuk dan "-ing" sebagai kata kerja) antara rumah sebagai sebahagian daripada pertandingan-pertandingan menjelang Sukantara 2008 di Kuala.

Begini bunyinya pengumumam Mat(T)top mengenai pertandingan mangkukkan itu:

"Assalamualaikum...

Guys,

Sebab nampak korang semua beriya2 nak sangat mengasah bakat terpendam, n ruff pun dah start training baling bola bowling kat bukit jalil...

so, aku nak buat announcement.

Bowling tournament

Venue : Sunway Pyramid Bowling Center
Time : 10am
Date : 24 March 2007 (koreksi/pembetulan: tarikh baru 7 April 2007)
Fee : rm15/pax (exclude kasut)
Game : 3 games

Rules & Regulations :

1. Every house automatically dapat 100 points

2. Every player dapat 2 points for individu (untuk carey award)

3. Winner :

a) Team : 1st (20 pts), 2nd (10pts), 3rd (5pts) <-- point utk house
b) Individu High game : 1st (10pts), 2nd (5pts), 3rd (3pts)
c) Individu Total High Series : 1st (10pts), 2nd (5pts), 3rd (3pts)

4. Team divided ikut house, 3player/team (target 4 teams untuk every house)

p/s : Untuk point ni, aku still pening2 lalat lagi nak pikir, coz nak bagi fair jugak for house yg tak ramai player, n house yg ramai player, so mungkin system deduct point akan dibuat.

p/s2 : game akan di buat secara cross lane"

Hadiahnya (selain dari mengutip mata untuk rumah masing-masing menjelang Sukantara) juga telah ditaja oleh Sdr Radin (Nota 2) iaitu minyak pelincir (kereta punya, yang satu lagi sila usahakan sendiri):

"sukacita saya ingin menaja hadiah tambahan utk Individu Total High Series;

aku nak sponsor engine oils.

1st place : crown lubricants fully synthetic 5W40
2nd place : crown lubricants turbo synthetic 10W50
3rd place : crown lubricants high grade mineral 15W-40"


Maka marilah turun beramai-ramai untuk membelasah rumah Idris dan Mohd Shah yang tidak habis-habis dengan perangai kiasu mereka. Walau bagaimana pun, Sulaiman dari awal-awal lagi meletakkan sasaran menumpaskan Ahmad semata-mata sebagai tujuan utama pertandingan ini.

Buat pertama kalinya juga bekas Kapten rumah Mejar Capoe turun padang, walaupun setakat ini beliau hanya menawarkan diri untuk bermain, bukannya untuk memimpin rumah. Tapi cukuplah itu.

Berdasarkan senarai pemain setakat ini, nampaknya Sulaiman ada peluang meninggalkan Ahmad jauh di belakang dan menduduki tangga kedua:

1. Mtop (I)
2. Bala (I)
3. Ikram (I)
4. Jita (A)
5. Capoe (S)
6. Ruff (S)
7. Champ (S)
8. Radin (S)
9. Allen (MS)
10. Chamat (I)
11. Wong (MS)
12. Idzam (MS)

Jadi dari penyertaan sahaja, Sulaiman dan Idris mendahului dengan 108 mata, Mohd Shah 106 dan Ahmad (ha ha padan muka AJ, berpeleseran dengan Fadli lagi - kalah lagi mengalahkan) 102 mata sahaja.

Nota 1
Diambil bersempena kegemaran Mat(T)top menggunakan "t" dalam banyak perkataan yang pada nahu dan tatabahasanya tidak perlu ada "t", walaupun ditegur berkali-kali oleh Chamat si penyemak tatabahasa.

Nota 2
Radin sekarang sibuk menjual minyak (bukanlah perkara baru namun sejak dari kolej lagi, walaupun di kolej dahulu jualannya setia kepada yang satu) dan syarikatnya mengedarkan secara sah minyak pelincar Mahkota ini.

l/s:
Perbincangan mengenai nasib malang MCKK berterusan tanpa kesudahan. Tetapi dalam kebanyakan hujah yang dikemukakan, ada satu hujah dari seorang murid tua yang berada di luar negara (agaknya sudah lama pun dia tidak kembali ke Kuala) yang bermati-matian menyifatkan "kebobrokan" yang berlaku sebagai satu konspirasi menentang MCKK dan murid tuanya; dan si pengetua itu adalah perancang hebat yang melaksanakan konspirasi ini. Satu pendapat yang sungguh menggeletek hati kerana ia menggambarkan betapa ramai dikalangan kita terlampau cintakan diri sendiri hingga terbawa-bawa bahawa orang lain pun mencintai kita seumpamanya.

Jadi setiap kali ada perbualan mengenai MCKK dan masalahnya sesama kami, akan ada seorang yang cepat-cepat mengeluarkan hujah konspirasi ini sehingga menjadi lelucon yang amat popular. MCKK tilam busuk; konspirasi. MCKK tidak segah dalam SPM; konspirasi. Budak MCKK tidak cukup jambu; konspirasi.

Memang kita hidup dalam konspirasi - konspirasi kita yang melemaskan diri kita sendiri.

Tapi lelucon konspirasi memang popular akhir-akhir ini apabila ada manusia menyebut MCKK. Nyaris dibuat peraturan siapa yang cepat menyebut konspirasi bakal mendapat mata bagi rumahnya.

7 comments:

  1. konspirasi or no conspiracy only budak2 koleq yg tau...

    wahtever it is, baguslah usaha2 yg diteruskan olh batch u all terhadap koleq till now, didn't ditch the young ones...

    tahniah. i wish i have malay seniors like u guys back then.

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:27 AM

    kawaii_desu pegi mana seblum ni? sunyi noni menunggu muahahahaha

    welcome back kawaii_desu.

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:16 AM

    yeah...welcome back...ingatkan dah jumpa ..jejaka batu talam...hehehe

    anonymous..nampak cam engkau yang kesunyian..cepat je meraikan orang2 kawaii ni..

    ReplyDelete
  4. terima kasih, terima kasih...

    sebelum ni, busy lah, researcher memang camtu...

    sunyi sepi sebab i cannot interfere bila topic yg diperkatakan is something involves MCKK, i'm not in the position to give any opinion..

    only budak2 koleq, particularly ur batch yg berhak kan

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:03 PM

    tu dia, dia dah upgrade blog..tambah banner je ke? upgrade ke new blogger la...bell la..haha

    ReplyDelete
  6. ha ha sempat komen lagi tu tengah aku garu kepala macm mana nak update design..

    aku nak buang as many graphics as possible la, sbb lambat nak load etc.

    pas tu colour scheme yg lama x leh pakai dah, sbb yg tu based on html dulu zaman muda remaja...

    padahal punya bnyk kerja lain, tp sebab aku dah tak sudah2 kutuk bell..

    aku dah upgrade laa, tak customize lagi ni...

    sabor2

    ReplyDelete
  7. ha ha finally, x yah pikir banyak2 stick to the css theme yg blogspot dah bagi.

    kaler pakai kaler koleq.

    mesej utama "renung2 kanlah kapet tu yang dah tak de".

    Aku malas lah nak letak labels for the posting, label pun satu je - Citer2 Koleq. Buat apa.

    Aku nak gi kahwin (bukn aku nya, kenduri orng lain)

    ReplyDelete