Wednesday, April 15, 2009

Kapet Yengko @ OBW 2009

WHAT?

Kapet adalah sebuah bangunan kayu buruk, berjeriji besi karat yang wujud bersebelahan Court Five dalam tahun2 80an dan pertengahan tahun 90an (dengar kabarnya dirobohkan dalam tahun 1995!). Kapet Yengko merujuk kepada cubaan untuk menghidupkan kembali Kapet oleh budak2 Yengko 94 (yg sekarang dah x boleh jalan Yengko sbb perut terlalu boroi).
Kapet Yengko akan mula berniaga sepanjang OBW pada 18 dan 19 April 2009 dan dikendalikan oleh pemain-pemain hoki MCKK; bagi tujuan mengutip dana menampung perbelanjaan pasukan hoki MCKK yang melangkau RM10,000 setahun.

HOW?



Produk utama Kapet Yengko adalah:

i) t-shirt round neck bagi merayakan ulangtahun ke-100 Big School (secara betulnya Overflow/Overfloor sahaja kerana West Wing dan East Wing dibina kemudian)

ii) Collared t-shirt berjenama Polo bagi merayakan ulangtahun ke-100 Big School

iii) Makanan-makanan kurang bermutu, murah dan tidak sedap yang dijual oleh Kapet suatu masa dahulu seperti keropok, goreng pisang, roti telur bersos arnab, maggi air (sebab ada air je dalam tu) dan lain-lain. Makanan import dari Dining Hall adalah karipap panas penyek (panas sebab Botchap letak dalam poket, penyek sebab lepas bolot ration snack Botchap lari ke kelas cepat2 smpai penyek)

Prebiu kedua-dua t-shirt ada di atas. Jumlah kedua-dua t-shirt adalah terhad. Jika anda tidak mahu melepas, bolehlah menempah awal2 supaya t-shirt edisi khas ini boleh di-reserve-kan, delivery boleh dibuat disekitar KL atau boleh diambil di OBW nanti. Sebarang tempah boleh dibuat kepada Sdr KNO (ha ha agak la sial aku selamba tak mintak permission KNO) di email knizam94@gmail.com

Semua dana yang terkumpul akan disalurkan kepada pasukan hoki, supaya kita tak kalah kat Clifford lagi (dan tak perlu pinjam jersey ragbi nak main hoki pada tahun2 akan datang!)


WHO?

Dah alang2 nak bukak Kapet ni, baiklah menghayati semangat Kapet betul2.

Oleh kerana tak de orang nak jadi Pak Cik Kapet, jawatan itu telah diberikan secara paksarela kepada Pak Tuan. Yang lain-lain pakai tangkap muat je, so kalau air sirap kitorang tak rasa authentic and tak de pasir macam air sirap Kapet dulu, mintak maap la. Tak cukup practice.

Pak Cik Kapet - Pak Tuan

Mak Cik Kapet - Epit (sapa lagi paling kepoh & paling banyak marah orang)

Mat (anak Mak Cik Kapet) - Idzam (dulu Mat lagi gemuk dari Idzam masa kat koleq, sekrang aku tak tahu la)

Mak Cik Kemboja (bini no 2 Pak Cik Kapet yg jaga Kapet bila Mak Cik Kapet merajuk & lari, so kitorang kebuluran jap until Mak Cik Kemboja datang cover; kira Acting MC Kapet la ni) - Joe or Awie (ha ha korang gaduh la sapa nak jadi)

Noni Kapet - Noni Kapet yg lebih kurus (ha ha ha)

Please come and support the boys. We have to resort to this because we cannot meet the financial requirements from our personal pool of funds anymore; yet it's very irresponsible to leave the boys left hanging at the time when they are back on the field every single day. On top of that, we need to support Mr Thaman and Mr Bala who are willing to coach the boys and relieve us from the hell of commuting to and fro to KK from KL every weekend to coach - so the least we can do is to support them financially.

"Kami Unite Fect!!!!!!!!!!"

15 comments:

  1. chamat12:19 PM

    sapa jadi Butcher aka pelanggan tetap kapet?

    ReplyDelete
  2. ha ha jom kita cari budak gemuk kat koleq ha ha.

    kalau budak gemuk old boys dah ramai sngt dah.

    sapa nak jadi che tam? eyh ni kena bukak buku 555 for hutang ke ni?

    ReplyDelete
  3. chamat1:01 PM

    kau ada duit ke nak extend credit to customers?
    kalau xde, sila jgn buka buku 555

    ReplyDelete
  4. aku nak buat back-to-back credit facilities.

    since aku dah banyak extend credit facilities to budak2 hoki - holland, kwang etc. - kira buku 555 ni pakai credit dari budak2 ni jugak.

    boleh aku gadaikan diorang tak obtain credit dari korang?

    if aku x bayar, kau buat la apa yg korang nak ngn budak2 ni.

    ps: ha ha holland dah pucat kot... tp klu manram sure suka ha ha ha

    ReplyDelete
  5. nak buat sub prime loan kat kapet lak? punah punah

    ReplyDelete
  6. kapet tak subprime eyh dulu.

    kaya mak cik kapet tu.

    just because dia tak tukar bra for a very long time, doesnt mean dia tak kaya.

    kau x tengok buku 555 dia.

    i saw her the last time before i left koleq, and she was telling me dia dah halalkan semua hutang budak batch (in her usual style la tp).

    dulu best jadi pres kpkm, mak cik kapet buat baik ngn aku. takut aku buat petisyen ckp kapet kotor ha ha.

    kpkm kita kan raja petisyen ha ha

    ReplyDelete
  7. Anonymous12:05 AM

    hahahah rindu la makan kat kapet.

    a> Roti telur satu, mak cik!
    b> Maggi telur satu!
    c) Fanta susu satu

    ReplyDelete
  8. Anonymous6:10 AM

    Sempat lagi ke nak order T-Shirt Polo nih?

    knoringan (ke knoberat?) - aku nak selai. Size S (Sasa)

    just because dia tak tukar bra for a very long time, doesnt mean dia tak kaya. <-- mana tau nie noni?

    ReplyDelete
  9. anoni - sempat lagi la nak order. click sini nak tahu camna nak order. hehe - http://knizam.com/

    ReplyDelete
  10. Anonymous10:59 PM

    ape knoringan, model kurus ala2 kate moss.. camne nak bajet size, 10-15 tahun lepas boleh la.
    Sekarang kena pakai model size Oprah mcm Aiwa, Rough, Mpro, Ezam, Bochap, La`ba, ko (err.. mcm nak list down semer nama batch jer nih)

    ReplyDelete
  11. aku x smpai tahap oprah lagi eyhh... aku rasa ni Bobo.

    Oit Bobo order je lah, kitorang dah letak nama kau for both round neck and collared t. ha ha

    ReplyDelete
  12. Anonymous9:02 PM

    iyer la nonie, aku bagi ko jimmy kimmel or jay leno laaa..

    make sure size XS aaa.. biar nampak perut aku yang bidang..

    ReplyDelete
  13. Anonymous9:38 PM

    Kalau ada jual signature dish makcik kapet 'nasik lauk ayam separuh masak' lagi best. Pekena pulak dengan sirap time tengahari..pergh!!!

    ReplyDelete
  14. nak beli dua2 tshirts tu, ada lagi tak?klu ada, brape total cost?bole post tak? -jae'03-

    email: ameirulazraie@gmail.com

    ReplyDelete
  15. aku dah order kat KNO.. bila nak pos kat aku?? ehek!

    ReplyDelete