Thursday, December 07, 2006

Minggu Bahasa Melayu

Inilah kali pertama tulisan di sini dinukilkan dalam bahasa ibunda, bahasa Melayu (walaupun tatabahasanya masih lagi ditakuk SPM 1994).

Ini bersempena dengan berkuatkuasanya Minggu Bahasa Melayu dikalangan kami; yang juga akan digunapakai untuk menambahkan kadar kesukaran kepada pencabar-pencabar utama Anugerah Carey (sudah ada yang menukarnya kepada Anugerah Kari) menjelang acara kemuncak Sukantara 2008.

Minggu Bahasa Melayu ini mengambil perlambangan English Week (dengan izin) yang selalu diadakan di Sekolah Persediaan dahulu, bila mana pelajar-pelajar yang gagal menggunakan bahasa Inggeris didenda - contohnya 10 sen bagi setiap perkataan bahasa Melayu yang digunakan. Sama ada kesannya kepada penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan kami ketara atau tidak; tidaklah dapat dipastikan. Tetapi kutipan dari English Week itu sudah cukup untuk pengawas-pengawas berbelanja besar di Kapet selama seminggu.

Dengan semangat itulah, Minggu Bahasa Melayu pula dikuatkuasakan dan perlu digunapakai dalam semua komunikasi warkah elektronik sejak 12 malam semalam. Mereka yang melanggar peraturan ini akan didenda dan markah ditolak dari kutipan rumah masing-masing.

Yang menariknya, semua bersungguh-sungguh mengasah bakat bahasa Melayu dan mulalah terkeluar perkataan-perkataan yang hanya pujangga gunakan.

Tidak kurang pula yang terkial-kial cuba menggunakan bahasa Melayu sehingga kadar kekerapan menghantar warkah elektronik turun 300 peratus.

Begitulah kita - di masa kecil digodam menggunakan bahasa Inggeris sehingga kadang-kadang kita terlupa penguasaan bahasa Melayu kita yang semakin berkurangan. Kalaulah kita sendiri pun kekok dengan bahasa ibunda, usahlah kita bercakap mengenai memartabatkan bahasa Melayu.

Beginilah telatah kami walaupun pada usia yang semakin senja. Kepada teman-teman yang sentiasa mengunjungi ke sini, kita patut berasa gembira kerana selepas 16 tahun mengenali masing-masing; kita tidak pernah lekang dengan usaha-usaha gila yang akhirnya berjaya diadakan juga.

Berikut antara perkara-perkara gila yang berlaku sejak Minggu Bahasa Melayu dimulakan:

1) Nama panggilan pun mula bertukar; contohnya Mattop kepada "Tikar Gasing" atau "Mat Atas", Che Mad kepada "Che Gila" dan lain-lain.

2) Moto yang digunakan di dalam warkah elektronik mula dipersoalkan jika tidak diubah; contohnya "SHOW ME THE DATA" kepada "Tunjukkan Aku Maklumat Itu".

3) Frasa yang selama ini menggunakan bahasa Inggeris diterjemahkan kepada bahasa Melayu; contohnya apabila membincangkan fenomena pelajar suka menari ala 4U2C dalam tahun 1993 - frasa "Downstair Crew" menjadi "Ahli-ahli Bawah Tangga" dan 4U2C menjadi "Untuk Anda Melihat".

l/s (singkatan bagi lepas skrip): Perkahwinan Sdr Badut selamat dijalankan dua minggu lalu, dan Rumah Terbuka Zulkaedah batch juga berjaya diadakan minggu lepas - namun masih sukar mencari masa untuk membuat liputan di sin. Walau bagaimana pun gambar-gambar telahpun diapungkan ke laman Zaman Berisi.

14 comments:

  1. Anonymous3:36 PM

    Engkau menulis tatkala waktu pejabat kah?

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:07 PM

    Bukankah pejabat itu dia yang empunya? Waktu pejabat, waktu dia juga.

    ReplyDelete
  3. hi hi hi jangan lah begitu setinggan.

    tiada benda di dunia ini yang kita punya, kecuali nafsu dan dosa semata-mata.

    yang lain hanyalah kita pinjam, harta sementara.

    terpaksalah aku mengakui aku menulis tatkala waktu pejabat, kerana pada masa itulah membuak2 rasa mahu menulis, nanti ideanya pula hilang.

    terpaksa jugalah aku balik lambat kerana menghabiskan kerja selepas itu!

    nampaknya bahasa melayu kita masih baik penguasaannya.

    ReplyDelete
  4. WARISAN

    Anak kecil main api
    terbakar hatinya yang sepi
    Airmata darah bercampur keringat
    BUMI DIPIJAK MILIK ORANG

    Nenek moyang kaya raya
    TERGADAI SELURUH HART BENDA
    AKIBAT SENGKETA SESAMALAH KITA
    Cinta lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita ini
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil yang mengalir ke tangan yang lain
    Pribumi merintih sendiri

    Masa depan sungguh kelam
    Kan lenyap peristiwa semalam
    tertutuplah hati terkunci mati
    Maruah peribadi dah hilang

    KINI KITA CUMA TINGGAL KUASA
    YANG AKAN MENENTUKAN BANGSA
    BERSATULAH HATI BERSAMA BERBAKTI
    PULIH KEMBALI HARGA DIRI

    Kita sudah tiada masa
    Majulah dengan gagah perkasa
    Janganlah terlalai teruskan usaha
    MELAYUkan gagah di Nusantara ......................

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:24 AM

    Nostalgia sungguh lirik lagu yang dilampirkan ni, masih terngiang-ngiang di telinga bunyi loceng sekolah persediaan....hem ngeri, ngeri.....

    ReplyDelete
  6. Anonymous9:55 PM

    Nostalgia sungguh lirik lagu yang dilampirkan ni,
    masih terbayang lirik lagu ini ditulis oleh Nazrin didalam buku perpisahanku, sambil dibakar sebahagian muka surat tersebut menggunakan pemetik api untuk memberi impak yang lebih dramatik..

    ReplyDelete
  7. Anonymous12:19 AM

    Aku pernah tampal lagu ni kat buku, konon2 nak inspire aku study kuat2. Then ada kawan aku tengok dan dia bagi komen. Begini bunyinya..
    "kau tampal lagu ni, satu pun takde sebut nama Islam atau bawa mesej agama dalam lirik dia. Ini adalah seratus peratus asabiyah. Cuba kau kaji baik2, ada tak sabda Nabi SAW bagi golongan asabiyah ni". Aku terus terdiam, tak tau nak cakap apa. Sampailah ke hari ni, tak de jawapan yang aku boleh cari. Any comment anyone?

    ReplyDelete
  8. ini lagu 'orang2 yang beriman'

    siapakah org org yang beriman? = amanu = UMNO....
    HAHAHAHAHA

    ini lagu umno daa..sebab tu assabiyah.....

    kena tukar lirik sket...bagus untuk ISLAM...

    - aku bukan orang amanu @ UMNO

    ReplyDelete
  9. aku tgk lagu ni..pergh...sebijik dengan apa yang berlaku sekarang...

    tinggal kuasa, - siapa yang berkuasa
    hasil mengalir, - balak sapa yang dapat?
    bumi milik orang, - orang beli tanah
    tergadai, - tanah > projek

    pribumi merintih - setinngan di selangor dilayan kejam

    tertutup hait terkunci mati, > degil, dgr ckp sorang je, diktator

    maruah peribadi hilang, > kes VIP/org berkuasa simpan pompuan, anak dara orang

    majulah dengan gagah perkasa = dulu kat koleq "majulah dengan maha perkasa kan"?

    akhir sekali sepatutnya "ISLAM kan gagah di dunia"

    sapa pandai bahasa dan cintakan agama melebihi bangsa, ubahlah lagu ni...supaya bleh pakai secara universal untuk ISLAM



    hahahaha...
    wonder cam mana puak2 tu boleh nak guna lagu ni lagi???

    ReplyDelete
  10. Anonymous12:13 PM

    puak2 mana plak nie abu harraz?

    wonder cam mana puak2 tu boleh nak guna lagu ni lagi??? <-- soalan berbaur asabiyah nih..main puak2..
    red indians ka?

    ReplyDelete
  11. sila baca komen #8, pukul 10.11am

    ReplyDelete
  12. Anonymous5:50 PM

    abu harraz siap bagi 2 komen in a row lagi tuh.... :)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum...

    nak betulkan kesilapan menaip,
    lagu tu...

    sepatutnya majulan dengan MAHA PERKASA, not gaagh perkasa, minta maaf.

    memandangkan topik atau persoalan kali ni tentang bahsa melayu (Minggu Bahasa Melayu), maka saya utarakan sesuatu yg bekenaan dgn Melayu...

    takde niat nak assabiyah pun. itu terpulang pada masing2...

    "Fikir di luar kotak..."

    ReplyDelete
  14. dah lama patut kita buangkan kotak itu....

    dan juga lagu itu

    dan juga lain2 lagu

    *fikirkan alam lainm insyaAllah tingkah laku kita jadi lain*

    ReplyDelete