Tuesday, July 24, 2007

10 Dalil Kenapa Fido* Perlu Dibuang Batch

Walaupun semua orang tersangatlah sibuk (kecuali Nik, Mattop, Shasha & Co yang tak habis2 hantar e-mail), adalah menjadi kewajipan untuk aku luangkan 10 minit masa aku untuk mengusulkan Sdr Muhammad Firdaus Datuk Munir, anak kepada Datin Andek *something something* dibuang batch atas sebab-sebab berikut:

LATAR BELAKANG USUL

Saudara Fido telahpun menjemput rakan-rakan untuk menghadiri perkahwinan beliau di Teras Jeranang, Kajang pada hari Sabtu yang lepas, iaitu 14 Julai. Maka saya dan Sdr Azlan Majid pun terkial-kial lah berkejar pada hari Sabtu itu walaupun banyak tugasan masih belum dihabiskan.

Sesampainya di sana, hujan turun mencurah-curah, maka basahlah kami berdua kerana kereta terpaksa diletak di tempah yang sangat jauh. Kami sudah basah kuyup sehingga nampak puting buah dada menjelang sampai ke khemah menyambut tetamu, yang mana penuh sesak dengan orang, maka makin basah kuyup lah kami.

Setelah bersusah payah masuk ke dalam, tidak kelihatan seorang pun budak batch. Tambahan kawasan tetamu makan sudah banjir dan air sudah sampai ke buku lali dan semua tetamu tidak mahu keluar kerana tidak berpayung, sehingga wujud "leher botol" (bottleneck) di kawasan khemah menunggu.

Dalam keadaan basah kuyup sehingga tahap kelucahan, kami berdua mengambil keputusan untuk tidak makan dan cukuplah sekadar bertemu mata dengan Sdr Fido. Malangnya Sdr Fido langsung tidak kelihatan, ditanya di merata-rata tidak diketahui pula ke mana gerangan pengantin.

Sehinggalah kami diberitahu dia sedang beristirehat di dalam rumah.

Kami pun meredah hujan sekali lagi pergi berjumpa, rupa-rupanya dia sedang bergembira sedang bermain dengan keris kontotnya.

Setelah dipanggil berkali-kali, barulah dia datang tersengih-sengih (dan masih belum menyebut nama aku dengan betul, masih "-gh" bukan "-r"!). Apabila ditanya kenapa jadi begini, jawapannya mudah "di luar kawalan manusia".

Kemudian kami pun beredar dan terperangkap sekali lagi di khemah tetamu, tak sampai hati pulak nak pulang tanpa tinggalkan duit cenderahati. Jadi kami pun berilah duit cenderahati walaupun kami makan hati.

15 minit kemudian di lebuhraya kereta aku dicium dari belakang oleh seorang budak perempuan kolej yang cuba pulak menggoda aku tengah-tengah lebuhraya dan hujan! Dah lah lapar, kecik mati kemudian habis bumper kereta aku hancus!

Maka atas sebab-sebab ini saya mengusulkan Sdr Fido dibuang batch kerana 10 dalil berikut:

1) Tidak menyediakan bomoh hujan secukupnya atau sehandalnya sehingga lenjan semua orang (dia "basah" tak apa lah pengantin baru, kitorang buat apa)

2) Susunan logistik yang sangat tidak cekap sehingga wujud "leher botol" yang sesak dan membanyakkan lagi "puting buah dada" kelihatan

3) Lari meninggalkan tetamu ketika tetamu bersusah payah dan sedang menderita di luar

4) Merelakan tetamu melihat dan menghidu makanan dari jauh sahaja dalam keadaan basah kuyup

5) The trickery untuk memaksa aku dan Allen mengadakan wet t-shirt show secara percuma dan tanpa kami rela

6) Mencatat sejarah sebagai kenduri pertama aku menghulurkan wang cenderahati sebagai pertukaran makan hati

7) Keris kau kontot sangat

8) Sampai sekarang makhraj dan pronounciation tak betul, still sebut "ghamai-ghamai", "ghembell", "ghambut", "ghagbi"

9) Memang dah kena buang batch pun berdasarkan jumlah kehadiran, sebab hanya aku, Allen, Ikram, Champ dan Jures yang hadir, itu pun tidak bersama

10) Keretaku dicium dari belakang gara-gara hadir ke perkahwinan terbasah abad ini


Saya juga ingin memulakan majlis melelong dan membida no. dobi Sdr Fido iaitu E79.

Saya akan pastikan bagaimana tinggi bidaannya, saya akan menang sebab kemudian saya nak bagi no. dobi tu kepada jamban terjamban yang paling busuk dari abad yang lepas dan telahpun dibuang batch, untuk dijemput menggunakan E79 (kalau sapa-sapa ada calon janmban paling busuk ini, bolehlah dicalonkan kepada saya).

Sekian, saya mengusulkan.


NOTA KAKI (YANG BASAH)
* - Fido Dido Yo Do Study ke Studo

** - sejak kebelakangan ni sudah ada 3 perkahwinan, ranking kepuasan bagi mereka yang menghadiri adalah seperti berikut:

Perkahwinan Sdr Noorulzaman - 5 bintang
Makanan kow kow kow kow kow punya, boleh tambah 3 kali sebab sedap sangat, and cendol ditambah each time habis. Memang best and boleh jumpa kawan-kawan lama. Lepas tu pakaian dia macam hero hindustani, one in a million.

Perkahwinan Sdr Effendi - 5 bintang
Makan banyak and tak segan-segan, ramai member batch datang and siap dia perkenalkan and baca biography each one of us kat depan parents dia bila perkenalkan. Terharu aku

Perkahwinan Sdr Fido - 5 jamban
Hampeh, atas sebab-sebab yang dah diterangkan di atas.

*** - gambar-gambar perkahwinan yang bertaraf bintang sahaja akan disiarkan disini tidak lama lagi.

22 comments:

  1. I feel sorry for you Noni and the rest of ur friends...

    Kena buboh dlm malaysia world book of records nih..
    Dan kena denda ni.

    Tapi i rasa inilah blog u yg telah berjaya buat i bantai gelak

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:21 PM

    sungguh cekap kawaii sehingga aku pun tak sempat untuk jadik tukang komen pertama ...

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:43 PM

    Entah2 Noni and Kawaii are the same person.. Sebab tu cepat je bagi comment..

    ReplyDelete
  4. i ni kan mmg pengkomen tetap aka pengkomen pertama blog noni?
    samapi setinggan pun jeles dgn i.

    kalau i dgn noni sama, saper pulak gerangan dlm gambar tu???

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:00 PM

    gambar ?????

    ReplyDelete
  6. Anonymous8:31 PM

    sabarlah noni. tuhan bersama dengan orang yang sabar. walaupun dia basah kuyup dan nampak puting buah dada.

    ReplyDelete
  7. cheee wah setiausaha syukbah penerbitan bru and chief editor nur islam bagi nasihat kat aku nampak...

    aku memang sabar, tp puting tetek aku? Embarassed like that depan semua orang?

    ReplyDelete
  8. tak dapek den nak menolong

    ReplyDelete
  9. Anonymous12:50 AM

    Cis..nyesal 8X aku tak datang kenduri fido. Kalau tak, dapat tengok puting tetek noni.

    ReplyDelete
  10. Anonymous1:18 AM

    kenduri kawin org basah kuyup, kenduri kawin mu bila lagi?

    bila lagey...bila lagey...
    bila la gay....

    ReplyDelete
  11. Anonymous8:28 AM

    kawaii,

    sapa kata I jeles??? I marah cinta I tak berbalas je ni...

    Sampai hati U biarkan I bertepuk sebelah tangan...

    Puting I lagi seksi tau drp puting tetek Noni...

    ReplyDelete
  12. Anonymous10:11 AM

    i take it that no one wants 2 adopt d proposal utk buang fido dari batch coz semua org dok obses dgn tetek noni ye ahahahaha

    ko ni pun satu noni ... kot ye pun nak buat proposal, jgn la 'couple' kan dgn info2 sensasi mcm 2 ... now kan dah tenggelam intention ori kau ... unless mmg ko nak cerite abt tetek ko la & d proposal 2 only as mukadimah/teaser ahahaha

    fazu .. r u back in malaysia already? if so, welkom welkom :-) bile bole dgr ko karaoke lg? heh heh

    ReplyDelete
  13. tak pernah lah terlintas di hati, NOR ada niat - that puting tetek aku sebegitu kontroversi.

    nasib baik aku x pegi dengan chibiok ke, dengan diorng yg sewaktunya - sure ada fullset of baywatch nya.

    ps: mat ghabi macam sial (aku rasa bobo tu, dia sorang je yang suka kutuk cikgu2 baik mcm mat ghabi). Mat ghabi pernah caught aku ngan fadli keluar town haram makan kat rahmaniah tengah2 hari, tp dia pun pi borak and bayar lepas tu. So jgn kutuk mat ghabi.

    ReplyDelete
  14. Anonymous11:18 PM

    Setinggan ada tiga nipple, lagi best

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. now understand...
    hampeh betoi.. and i had to erase my earlier comment...!!!

    ReplyDelete
  17. Anonymous9:19 AM

    kau berjaya la pow mat ghabi, ada tapau bawak balik tak?

    Big Tree

    ReplyDelete
  18. Anonymous10:28 AM

    ada satu perkara yg mengganggu fikiranku selama ini berkenaan blog nih...apsal aku kena scroll kiri kanan? aku dah pakai res. 1280 pun kena scroll. buat la kurus sket blog ni. tau la makin rendang.

    ReplyDelete
  19. alah, bukannya kena scroll banyak pun...

    ReplyDelete
  20. Anonymous2:44 PM

    tapi saya tak suka scroll kiri kanan. ianya meletihkan jari jemari saya.

    ReplyDelete
  21. nak cari salhi?
    ada jugak baca bout that kat blog sdr KNO...

    bahaya jugak, 2 weeks out there not knowing where to go and skipping medications... can be dangerous for him jugak.

    ReplyDelete
  22. salam..

    oh yes, bro salhi tu dengar kata dah dijumpai...

    ReplyDelete