2) Pesta Sahur ini telah melebihi 10 kali diadakan tiap-tiap tahun.
3) Tahun ini Pesta Sahur akan diadakan di Hotel Concorde pada pagi 21 September (Ahad minggu depan). Silalah datang, kalau tak peluang nama anda akan masuk senarai yang no dobinya bakal dilelong menjadi semakin tinggi.
4) Semalam ada prelude kepada Pesta Sahur, tetapi melibatkan Bapak2 (dan Mak) Itik. Yang empunya diri bersama-sama Teruna Tertua KNO bersantai bersama-sama En JoeHari-Mau (yang dah jadi jet setter pusing keliling dunia sejak bekerja dengan syarikat terbesar dunia) dan En Badut dan isterinya Puan Badut.
5) Alasannya nak membincangkan mengenai Anak-anak Itik di Kuala, memandangkan Mighty Ducks Cup makin dekat. Kemudian ada pertandingan USM Open iaitu kejohanan hoki terbesar di Malaysia. Lagipun dah lama kami abaikan mereka, sebab nak berikan sedikit pengajaran selepas pelbagai krisis yang berlaku sebelum ini.
6) Muqadimahnya mengambil masa 4 jam, hanya pada pukul 2 pagi perbincangan sebenar bermula. Nasib baik En dan Pn Badut tidak mempunyai anak-anak Badut di rumah.
7) Rasanya begini jugalah jadinya dengan Pesta Sahur nanti – kalau pun ada sebarang perbincangan serius yang hendak dibuat, muqadimahnya akan mengambil masa yang panjang. Muqadimah ini selalunya berkisar kepada perkara kutuk mengutuk yang telah diulang berulang kali.
8) Jadi sama-sama kita mengeratkan silaturrahim di Pesta Bersahur minggu depan, di sini disertakan gambar-gambar dari Pesta Bersahur tahun lepas. Gambar-gambar diambil dari Power Point presentation Fadli yang saiznya meletupkan Kotak Surat kami dan berlatar belakangkan warna biru senantiasa.
9) Penulisan blog kali ini menggunapakai cara Che Det.
NOTA 1
Nama Pesta Sahur ini telah dibantah oleh bakal Ahli Parlimen bebas Bukit Bendera dari parti “Aku Hanya Seorang Pendatang” (nyanyikan ala-ala Franscesca Peter) iaitu Tn Syed Khalid – kerana Pesta itu seolah-olah menggambarkan perkara-perkara yang tidak membawa manfaat dan mengundang dosa.
En Hafiznizam selaku penganjur cepat-cepat menafikan dia pernah berkata demikian. Mujur sekarang tidak lagi ada sesiapa yang dikenakan ISA kerana perkara ini.
NOTA 2
Laman web ini ditukar sedikit konfigurasinya sebagai menerima kritikan dari Sdr Awie Kartun Lidi yang tak sudah-sudah mengomel mengenai penatnya jari-jarinya terpaksa scroll dari kiri ke kanan.
oiiishh sahur apa pkl 12 tghari sampai 6 pg ni? korang puasa ke tak?
ReplyDeleteepit cepat minta maaf sebab mengadakan sahur seawal suhur hingga subuh esok.
ReplyDelete9) Penulisan blog kali ini menggunapakai cara Che Det. <<< hahahaha... boleh d pattern kan ni..
ReplyDeletesapa la yg bakal tak dapat lesen nanti
ReplyDeletekalau tak dapat lesen, kena bawak tukang yang lulus lesen tu sekali. macam badut hehehehe
ReplyDeleteTu la orang suruh Lesen Besar mcm aku x nak. Tp drawback nya no naturally lubricated friction in the engine department la, kalau Lesen Besar.
ReplyDeleteoi! apa ni cakap kias2 lucah ni masa bulan pose ni
ReplyDeleteaku suka susunatur baru blog ini
ReplyDeletedan juga penulisan menggunapakai cara che det
berapa ramai yg dah confirm pergi? ramai yg akan be on time or fashionably late?
mana boleh pakai style che det all the time, nanti kena bayar royalty kat pak cik tu. dia dah kaya la swindle duit rakyat ha ha.
ReplyDeleteaku rasa when it comes to sahur ppl will be on time, sbb diorang nak batak. datang lambat - food habis.
especially biler nora-easy datang.
kenapa xde corrigendum utk point number 1 on sahur time?
ReplyDeleteke kau mmg nak lunch dgn aku?
setakat ni saya dah ada 31 nama yang akan saya dedahkan bila sampai masanya nanti. I'm not joking, am not joking. Buat masa sekarang, saya perlu selesaikan beberapa masalah teknikal.
ReplyDeletePesta sahur tetap akan jadi. Ini komitmen saya...
sila dedahkan 31 nama yang akan melompat ke pesta sahur nanti...
ReplyDeletededahkan sekarang!
arghhhh whateva....
tak baik dedah2 bulan posa ni.
ReplyDeletewhat time again sahur ni?
ReplyDeleteKat mana huh?
mana write-up and gambar pesta sahur semalam?
ReplyDeleteha ha macm sial.
ReplyDeleteskrng 10 hari terakhir ramadhan la, penulis2 blog pun nak jugak beribadat. he he.
(esok2 laa aku tulis, bnyk gambar nora-easy aku nak kena edit. he he)
Salam Bros,
ReplyDeleteA link to your batchs' blog has been added to http://www.mckk.edu.my/batch-websites/ and http://www.mc0004.com.
=)
Flyers korang mantap!
ReplyDeleteOh!And this site linking to so many other budak koleq punya site! Best!
fuq - thanks for linking, nnt we go for lunch (lepas puasa).
ReplyDeletejaie - thanks, ni flyers mana pulak ni? flyers pesta sahur tu pakai cut and paste concorde hotel je.