At the risk of being voted out from the Warta KPKM’s editorship (version 2009), I hereby present the report for the last weekend’s MCOBA Futsal.
“….
Pada tanggal 28 Jun 2009 yang lepas, pasukan futsal dari Batch 94 telah menghantar 3 pasukan menyertai acara tahunan pertandingan futsal antara tingkatan yang dianjurkan oleh MCOBA. MCOBA adalah singkatan kepada Persatuan Murid Tua Kolej Melayu.
Persiapan bagi pertandingan futsal ini telah bermula sejak seminggu lalu. Ketua Pasukan, Sdr Idzam Noor mengambil masa selama enam hari untuk mengesahkan nama-nama pemain, kerana berlaku banyak perubahan. Akibat sambutan yang menggalakkan, akhirnya Batch 94 dapat menghantar 3 pasukan iaitu kontinjen terbesar di kalangan murid tua berumur 30 tahun ke atas. Baki masa sehari digunakan untuk mengadakan latihan secara bersepadu; iaitu setiap pemain diberi peluang menyepak bola selama beberapa minit memandangkan hanya ada dua jam sahaja bagi tujuan latihan pada malam Rabu yang lepas.
Ketua Pasukan, Sdr Idzam menerangkan kepada krew Warta bahawa matlamat ketiga-tiga pasukan adalah untuk mendapatkan tempat, tidak kira dalam apa-apa kategori pun. Satu lagi strategi Batch 94 adalah dengan menghantar dua pasukan untuk bertanding dalam kategori Veteran dan satu pasukan bertanding dalam kategori Terbuka.
Menurut Sdr Idzam juga, strategi rahsia Batch 94 adalah dengan menukar nama pasukan untuk mengabui mata lawan. Pasukan yang paling berpotensi yang diwakili oleh mereka di bawah berat 70 kg diberi nama “Gemuk94” (atau G94) dengan harapan ini boleh melalaikan lawan mereka yang akan beranggapan mereka akan berhadapan dengan pemain yang kurang mampu berlari. Pasukan yang mempunyai sedikit kelemahan dari segi kepantasan kerana berat badan mereka pula diberi nama “Kurus94” (atau K94) dengan harapan ia akan menakutkan lawan dan melemahkan semangat mereka.
Satu lagi pasukan yang mempunyai julat berat badan antara 60 kg hingga 140 kg diberi nama GemukKurus94 dan dihantar sebagai pasukan pemerhati untuk menilai kekuatan pasukan lain, sebagai persediaan bagi pertandingan tahun depan. Oleh sebab itu, mereka memakai jersey dengan label “Research” yang bermaksud pasukan pengkaji.
Sepanjang kejohanan, berlaku banyak peristiwa yang menarik. Salah satu daripadanya ialah apabila seorang pemain K94 melakukan aksi “The Thing” (watak dari komik Fantastic Four) dengan berdiri teguh dihadapan seorang pemain yang berusia 10 tahun lebih tua daripadanya sehingga pemain itu terpelanting jatuh. Pemain K94 itu iaitu Sdr Syam Hakimi, apabila ditanya mengenai aksi beliau, berkata “Saya tidak bersalah”.
Seorang lagi pemain dari pasukan G94 pula menyumbat gol sendiri. Pemain tersebut iaitu Sdr Khairul Nizam Mois atau Kalai dari rumah Sulaiman, mengakui bahawa persembahannya dalam permainan itu tidak memberangsangkan kerana terlalu banyak menghabiskan masa sebelum itu untuk cuba melawak.
Tokoh pemain sepanjang perlawanan adalah Sdr Didee Ezral (juga dikenali Sdr Chibix) yang berjaya merampas bola dari penjaga gol Batch 92 dan melakukan pusingan 180 darjah walaupun beratnya yang menghampiri 100 kg dikira sukar untuk menyempurnakan pusingan tersebut. Ketangkasan beliau membolehkan pasukan K94 menjuari bahagian veteran bagi kategori pasukan yang kalah semasa pertandingan kumpulan (atau disebut sebagai “plate”).
Keputusannya adalah membanggakan kerana pasukan K94 berjaya menjuarai bahagian veteran, pasukan G94 pula menjadi naib johan bahagian terbuka sementara pasukan GK94 tewas di tangan K94 di peringkat separuh akhir veteran (semuanya bagi kategori pasukan yang kalah pertandingan kumpulan).
Pihak Warta juga sempat menemuramah En Rudi Hakimi, bekas EXCO Penerangan KPKM. Menurut beliau, acara seperti ini adalah penting bukanlah semata-mata demi kemenangan, tetapi sebagai alasan untuk mengumpulkan seberapa ramai ahli Batch 94 untuk acara makan minum selepas itu. Acara pada kali ini telah berjaya mengumpulkan lebih 30 orang ahli dari batch ini.
Ditanya mengenai perkembangan terbaru beliau, En Rudi menceritakan rasa kesal beliau kerana selalu menimbulkan masalah kepada Ustaz Latib kerana sukar bangun subuh sehingga terpaksa dikejutkan setiap pagi. Beliau yang kini bertugas sebagai seorang pensyarah bahagian Senireka di Insitut Senireka MARA menceritakan rasa sedih beliau apabila pelajar-pelajar beliau enggan bangun Subuh setiap pagi walaupun beliau telah berkali-kali menjerit. Beliau berpendapat tugas sebagai seorang warden benar-benar mencabar dan berharap dapat belajar dari pengalaman Ustaz Latib untuk menjadi seorang warden yang baik.
Di akhir pertandingan, kesemua ahli Batch 94 berangkat untuk menjamu selera di Restoran Pelita. Dilaporkan lebih 40 ketul ayam dihabiskan oleh mereka.
Kesimpulannya, matlamat Batch 94 dalam pertandingan futsal anjuran MCOBA kali ini telah mencapai objektif.
Dilaporkan oleh:
Akram Othman
Warta Krew (Tingkatan 2)
…………”
This is how Picca would have written it. No wonder after that he was permanently assigned to design job and was never allowed to write any articles anymore ha ha ha.
Wednesday, July 01, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alamak aku teringgal nama Mache & Fido.
ReplyDeletesure banyak lagi aku tertinggal.
ni semua sbb pressure deadline la ni, warta deadline dh lambat ni.
patut la every year Bernas kena import beras, domestic production x pernah cukup...
ReplyDelete