Thursday, November 18, 2010

Selamat Hari Lahir Kepada Radin Mastopo

Hari ini hari lahir Radin Mazlan Radin Baharuddin.

Hari lahir Radin ni mesti akan diingati sampai bila-bila sebab masa 1994 dulu, Graduation Day jatuh pada hari lahir Radin (sehari lepas SPM habis rasanya). Jadi lepas satu batch dah dapat Sijil Pingat Emas (kah3) dan nyanyi lagu koleq buat kali terakhir, kami pun pergi ke kantin (yang masa tu masih lagi di bawah, bukan di atas macam sekarang).

Rasanya Radin & Ikram kongsi tarikh lahir yang dekat-dekat, jadi ada kek untuk hari lahir Radin & Ikram masa tu. Setiap tahun bila sampai hari lahir Radin, ingatlah hari terakhir sebagai budak koleq tahun 1994. Kami nangis sampai bengkok cobong hidung ha3.

Aku memang rapat jugak dengan Radin dari F1 lagi. Masa F1, Radin bedmate Joe, so duduk depan katil aku. Muka Radin innocent (tak de perkataan bahasa Melayu yang boleh describe innocent, takkan "tak bersalah" kot) giler masa F1 ha2, tak caya suruh dia scan gambar2 F1. Sama2 duduk kat Dorm E so selalu dimangsakan dengan prefect dorm yang tahap kegilaan dia dah.... (kena tanya Doc Moto, dia ada PhD dalam semua perkara bersabit ID ha2).

Banyak2 firedrill masa F1, ada satu firedrill yang mesti ingat - sebab malam tu, kesalahan kitorang adalah memain2kan nama Radin.

Yang bersalah - of course Wonggek la, mula2 dia dok bising "astaga wa gelebek nyeng was stepek wek" lepas tu aku rasa dia jugak yang awal2 pelopor Radin Ajinomoto, Radin &%^$$## dan macam2.

So malam tu prefects tanya Radin dia terasa ke tidak orang main2kan nama dia. Ha2 bila ingat2 balik, rasa innocent sangat Radin jawab dia terasa jugak sebab orang dok buat joke pasal nama dia.

Masa F2, Radin selalu keluar town ngan aku sebab kitorang je yang suka makan kat Rahmaniah, orang lain suka makan kat Saudiah. Kira selalu keluar town sekali masa F2 - kalau zaman sekarang, dah boleh claim betik dah ha2 sebab aku rasa antara yang aku paling rapat masa F2.

Then F3, aku rasa Radin kat NH kot jadi puppies he2, so mula renggang sikit sebab kitorang kat West Wing kena bergelut ha2.

By F5, semua dah bawak diri masing-masing dengan segala masalah cinta masing (ehem2), so walaupun satu house (dia Dorm 19, atas dorm aku) tapi tak rapat sangat. By F5 pun, orang lagi habiskan masa dengan budak kelas.

Anyway Radin pi Australia, aku pi UK. So balik2 aku rasa pi wedding dia in 2003 - itu antara wedding terawal aku pi. Radin pakai baju hijau muda kot? Ha ha (kena cari album gambar ni).

Masa tu aku tersesat di meja satu kumpulan makcik-makcik yg stylo & sempat berborak/flirting lagi. Masa tu istilah cougar tak wujud lagi, kalau sekarang sah2 makcik2 tu dapat nickname Cougars.

Somehow Radin banyak tolong in everything yang aku buat these last few years, especially jadi resident designer untuk semua program and logo2 Mighty Ducks. Radin and wife pun tak pernah miss reunion.

So aku pikir2 balik, kira kalau kat koleq dulu ada ala2 betik, lama-lama mesti rapat balik gak kan? (Ini untuk membantu Epit justify semua benda2 berbaur kontroversi selama ini). Macam aku dengan Radin he2.

Last-last sekali, dah alang-alang buat cerita macam ni and kat koleq aku tak pernah declare apa2 (selain main declare, itu pun tak pernah lawan La'ba Raja Declare batch), aku dengan ini secara back-datednya ingin mendeclarekan bahawa Radin dulu betik aku kat koleq. Ha3.

Selamat Hari Lahir Radin, moga mas & keluarga sihat sejahtera dan diberkati Allah.

Ini gambar isteri Radin & anak dia :-)

ps: Tema betik kali ini sebab aku baru dapat tahu sorang budak koleq yang kitorang jaga all this while buat confession dia ada betik. Kah3. Aku tak tahu nak response, but I guess he needed to get it out his chest ha2.

5 comments:

  1. ada beberapa pembetulan fakta :-

    1) bedmate F1 aku, fazrul hisham

    2) part ni sure korang bengang dgn aku;

    mlm firedrill tu, fect ada tanya "ada sapa2 tak marah dgn ahli batch?". masa tu aku tgk keliling, takde sapa pun yg angkat tangan. mungkin kerana korang nak tunjuk Unitefect kut; takmau tunjuk sebarang unsur perpecahan mahupun bibit2 selisih faham.

    tapi masa tu aku memang bengang betul dgn wong. Setiap kali terjumpa aku je, dia mesti panggil aku nama tu. 'Radin Mastopo Ardiwojoyo *&^%%&* Motorsikal!!" Pastu, mesti semua org akan gelakkan aku sampai kluar air mata. Memang aku rasa rendah diri masa tu. Terasa hina pun ada. Salahkah aku yg punya nama prasejarah sebegini. Mungkin ini yg akan terus berlaku kalau orang main2 kan matapelajaran sejarah.

    Malam tu aku memang bernekad sungguh. Apa nak jadi, jadi lah. aku harus hentikan penghinaan ini. Lantas aku menghunus tangan kanan ku ke langit. "Ha raden! apahal yang kau tak puas hati ni pada batch ko sendiri ni?" ujar Chomang.

    "Saya tak puas hati dengan wong, fect".. Chomang tanya balik "Apa hal ko tak puas hati dengan dia ni?".. "Dia selalu ejek nama saya, fect".. " Dia ejek nama ko macamana?"

    "eerr.. err.. dia ejek saya...
    RADIN MASTOPO ARDIWOJOYO *&^%%&* MOTORSIKAL"..

    masa tu jugak, satu prep school kedengaran hilaian tawa dan sampai ada yg terbatuk2 gelak..

    yg gua bengang tu, wong tak kena apa2 pun mlm tu.. lagi dia bantai gelak..

    Sekian.

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:35 AM

    ko biar betul nak betikkan aku. mana ko nak letak Jita yg selama ni setia dgn ko.

    aku takmo dimadukan.. haha

    ReplyDelete
  3. untuk adil kpd jita, selepas aku dh buat dedication utk betik no 1, aku buat dedication utk betik no 2.

    madu itu manis. percayalah. ha ha.

    ReplyDelete
  4. owhh aku jugak kena berlaku adil dgn bobo.

    shit. nnt bobo merajuk.

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:53 AM

    Hello! I know this is kind of off topic but I was wondering which blog platform are you using for this site?
    I'm getting tired of Wordpress because I've had problems with hackers and I'm looking at alternatives for another platform. I would be fantastic if you could point me in the direction of a good platform.
    Look into my website ; know memes

    ReplyDelete