Wednesday, February 25, 2009

Laporan PRU 2009 di MCKK

Ha ha ingat kat Perak je ada krisis politik, rupa-rupanya sampai ke Maktab Melayu.

Tapi sebenarnya cerita kekecohan politik di Maktab Melayu ni cerita lama, ha ha selalu jugak dengar.

Cuba jenguk - Maktab Melayu pun ada blogger-blogger politik jugak, tapi tak sampai tahap RPK la kot (tapi entah-entah masa muda-muda RPK pun macam ni jugak, punya lah hangat masa dekat-dekat pilihanraya Kesatuan Pelajar).

Baca yang ini, atau yang ini - yang ni lagi dramatik ha ha. Siap ada perutusan rasmi lagi. Ha ha.

Ada yang cakap budak-budak ni emo sikit, padahal pilihanraya sekolah je.

Tapi itu yang kadang-kadang orang tak paham - mungkin ada dua tiga benda pasal Maktab Melayu ni yang tak lekang dek hujan, tak (?? aku dah lupa) dek panas.

Satu tu passion. Budak2 Maktab ni kalau nak makan durian pun makan durian betul-betul, sebab dari kecik lagi diajar nak buat sesuatu, buat betul-betul. Haaaa nak main politik kat sekolah, buat betul-betul dan berpolitik lah macam nak menang Dewan Rakyat.

Satu lagi budaya kepimpinan kot. Budak2 Maktab ni memang menilai tinggi nilai-nilai yang pada budak-budak lain di umur mereka dipandang enteng - contohnya keadilan, kesaksamaan dalam pertandingan, kebebasan, keterbukaan dan sebagainya. Kalau perkara-perkara ini dikira terancam ataupun dicemari, memang bagai nak berperang la budak-budak ni kot.

Ada dua tiga perkara yang boleh dikongsi di sini, dari episod krisis politik di Maktab Melayu:

1) Budaya partisan yang membabi buta sangatlah tidak baik dalam mana-mana kelompok pun, apatah lagi kelompok yang matlamat dan perjuangannya sama, tetapi pendekatannya berlainan. Kadang-kadang apabila kelompok sang pengawas merasakan kekuatan mereka terancam, atau mereka perlu menguasai Kesatuan kerana bimbang dengan pengaruh "tidak sihat" kelompok yang satu lagi - ini adalah antara pemangkin utama budaya partisan membabi buta ini.

2) Reformasi atau tidak reformasi mungkin bergantung kepada perspektif masing-masing; dan kredibiliti sang ketua yang melaungkan reformasi. Reformasi di satu pihak dilihat sebagai mainan politik tangan di belakang, reformasi di satu pihak lagi mungkin atas keyakinan bahawa organisasi itu perlu diselamatkan dari pengaruh yang satu lagi. Akhirnya masing-masing dengan perspektif masing-masing.

3) Nasihat kami yang selalu tipu pilihanraya di Maktab Melayu dahulu - antara menjadi EXCO kesukaan guru dan EXCO yang faham kehendak pelajar; jadilah kedua-duanya. Tidak pernah pun menjadi syarat bahawa kita perlu memilih salah satu. Caranya mudah sahaja - jadilah kita remaja yang lebih matang agar dihormati guru, pada masa yang sama janganlah terlalu gila dan yakin akan kematangan dan kepimpinan kita sehingga lupa umur dan rakan-rakan yang meletakkan kepercayaan kepada kita.

4) Dalam bahasa pasar: "ha ha jadi lah ahli politik dari awal- dengan cikgu buat lah apa yang patut, dengan kawan-kawan belalah mereka"

5) Kenapa pilihanraya batch kampung selalu penuh dengan unsur-unsur politik dan pertembungan, tetapi pilihanraya batch bandar hambar? Mungkin kerana budak-budak batch bandar ini lebih berminat berfoya-foya, berbanding budak-budak batch kampung yang perlu melantik JKKK masing-masing? Lagipun di bandar mana ada JKKK!

PS:

Dulu masa kitorang F2, seruan nak jalankan "reformasi" di koleq ni pun ada jugak, melalui slogan The New Generation (TNG). Malangnya TNG juga pada ketika itu adalah nama kepada siri Star Trek versi 90an yang tengah meletup. Maka TNG ini mati lebih awal dan lebih diingati di kalangan kami sebagai bahan ketawa seperti "Teng ngeng ngeng ngeng......" (bunyi berdengung TNG)

Nasib baik aku men-distance-kan diri dari idea ni pada masa yang sewajarnya, sebelum kerjaya politik aku di koleq dibenamkan oleh TNG ha ha.

Aku rasa sampai beberapa tahun akan datang jugak idea "reformasi' yang dilaungkan di koleq sekarang akan dijadikan bahan ketawa ha ha.

4 comments:

  1. hahaha tak tahu plak koleq pun tgh merasai gelora politik. i guess the boys are too much. haha stop politicking lar. koleq bukan besar sangat pun. balik-balik jumpa muka yg sama, mandi sama-sama, makan sama-sama, tidor sama-sama...seteru politik apa kalau mandi dan tido sama-sama.

    p/s: risau jgk if bdak koleq ambik gambar bogel any exco kpkm with a purpose of blackmailing them haha..

    ReplyDelete
  2. hahahaha..bahaye tu fendi..ur comment actually should be censored especially the 'bogel' word.

    nasib baik it is not happen during your days, kalau tidak..... ;D

    ReplyDelete
  3. zaman aku dulu gambar bogel yg diedarkan hanyalah GB Zarzan = gambar bogel zarina zainuddin.

    tp x de kena mengena ngan kpkm atau election.

    awie je yg selalu simpan GB Zarzan ni.

    ReplyDelete
  4. kot celah lubang mane la dak2 skarang ni blogging? infolab yg kuno tu finally working efficiently eh. haha. gila lah berkempen ikut blog. hebat2. aku nak balik obw! kasi best sket tahun ni oi

    ReplyDelete