Wednesday, April 08, 2009

Warta KPKM: Edisi April 2009

Berikut adalah liputan ala Warta KPKM bagi edisi 2 minggu pertama April 2009:

1) Video Koleq di Youtube

Crew Warta-Yengko telah membuang masa di pejabat mencari video-video terbaru berkaitan MCKK yang telah disiarkan di Youtube (sebenarnya saja nak tunjukkan video Mighty Ducks Cup yang dah 6 bulan lambat). Kami tak senaraikan video-video KNO sebab tak memenuhi syarat (terlalu singkat, camera bergoyang, tak profesional langsung).









2) UniteFect! di Yengkoz Bistro

You can trust Awie to go and search for just the right cat to menggayakan jalan yengko ala2 Kadaq, Loq and Ayul (sebab tu kucing semua tembam, tp Kadaq, Loq and Ayul tak se-cute ni la dulu).



Pengumuman rasmi adalah seperti berikut:

"Kawan2,

Sebab Awie dah memulakan topic ini, aku pun menambahkan lagi masa tak produktif aku satu hari haram buat kerja and termenung memikirkan nasib badan yang bosan, untuk membuat perkhabaran baru.

Tahun ini, akibat semua dah bankrap dengan anak2 itik – kitorang bapak2 itik terpaksa menggadai maruah balik OBW ha ha.

Bukan sebab nak mengkhianati semangat UniteFect! Tapi sebab kena menjaja (bukan jaja diri) t-shirt2 untuk mengutip dana bagi menampung projek mighty ducks (aka itik gemuk; mighty itu diterjemah dalam erti kata besar, bermaksud gemuk) setahun lagi.

Team hoki (anak dan bapak itik) akan membuka satu tempat paling kool OBW ini, bersesuai dgn taraf kita sbg abg yengkoz paling kool – gerai ini akan dinamakan Yengkoz Bistro (ha ha).

Selain menjual 2 helai t-shirt yang pasti meletop, Yengkoz Bistro juga akan menyediakan minuman, keropok (yg akan digoreng oleh jambu2), goreng pisang (Idzam masih belum meluluskan resepi aku) dan jambu (buah jambu, bukan jambu).

Kita telah book satu corner lot dan rancangannya termasuk untuk ada big screen untuk menunjukkan EPL (kalau Wong berjaya mencuri line Astro – dia kata dia selalu buat, aku tak tahu lah macam mana).

Bapak-bapak itik akan turun beramai2 iaitu aku, Epit, Mpro, Idzam, Chibiok, KNO, Pak Tuan dan lain2. Dijangkakan betik2 bapak itik pun akan turut kembali iaitu Fadli (setakat ini hanya seorang sahaja).

Demi meneruskan tradisi UniteFect! – kalau nak kantoi balik OBW perlulah kantoi satu batch – mari lah kita balik beramai2 untuk membantu menjayakan usaha mengutip derma untuk anak2 itik (yg tidak melibatkan sebarang kegiatan haram menjual anak itik).

Lagipun, sedar tidak sedar (ada debater sorang suka pakai phrase ni dah muak aku, masa debate mestilah sedar, kalau tak sedar tido namanya) kita sudah 15 tahun meninggalkan koleq. Eloklah kita mengadakan reunion di OBW ini (he he).

Nantikan kemunculan t-shirt rekaan Awie & Radin, pasangan kembar tidak seiras dan tidak sama bodi (sorang tembam sorang lempeng) – akan membuat debut seminggu lagi.

He he

(ps: Hoi balik la, balik day trip pun tak pe asalkan Yengkoz Bistro meriah!)"

5 comments:

  1. the cat in the middle is sooooo cute....have a great OBW

    ReplyDelete
  2. sapa nak drive jumaat malam? aku nak tumpang heheh

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:05 AM

    And the cat's in the cradle and the silver spoon,
    Little boy blue and the man in the moon.
    "When you coming home, dad?" "I don't know when,
    But we'll get together then.
    You know we'll have a good time then."

    ReplyDelete
  4. Anonymous7:55 AM

    tapi sebab kena menjaja (bukan jaja diri) <-- Ajak fadli la, pasal dulu jach-a (or jakpo) panggil die jaja..

    ReplyDelete
  5. bukan jaja la...

    jach-a panggil fadli JIJA...

    ReplyDelete