Friday, December 10, 2010

Selamat Kembali Hj Botchap, AJK Keselamatan Internet

Selepas berbulan2 kami merindui jari-jari chubbynya menekan (ke memetik?) papan kunci komputer, akhirnya minggu ini Hj Botchap telah kembali berkhidmat dan menceriakan kembali Male-ing List.

Sebenarnya Haji Botchap tarik diri sebentar sebab nak bertapa selepas perang saudara dengan seorang lagi AJK Keselamatan Mailing List yang juga kaki pukul Mentula Ingens di sesawang, iaitu Abu Usama. Dua-dua budak Md Shah, dua-dua kaki batak karipap, dua-dua memang kaki pukul ha2.

Kehilangan Haji Botchap bertapa meresahkan ramai orang, sehingga ada beberapa perbincangan serius mahu pergi mengadap Haji Botchap di tempat pertapaannya dan kembali melindungi batch dari anasir Internet (yaaah! Kami semua setuju dengan Shahidan Kassim dan Samy Vellu bahawa Facebook & Twitter mengancam keselematan negara, jadi perlu ditutup dan siapa yang menyalahgunakannya perlu dihumban ke ISA - sila lihat Nota 1). Alhamdulillah, Haji Botchap punya kesedaran yang tinggi jadi tak payahlah dia dipinang (ha2 nanti dia datang bawak mee jawa pakai samping labuh, naya kita), kembali secara sukarela ke Male-ing List, iaitu tempat maki hamun Mentula Ingens.

Kepada Haji Botchap, ada serangkap pantun:

Sini karipap sana karipap
Mana nak sama karipap dalam poket
Sini bulat sana pun .... (ha ha satu2nya perkataan dalam kepala aku yang boleh ritma tak boleh letak sebab terlalu lucah ha2)
Mana nak sama Haji Botchap yang sembunyi karipap dalam poket!

Selamat Kembali Bertugas Hj Botchap, moga cepat jadi Pengarah besar2 supaya tak de orang Johor boleh datang ugut di kaunter nak komplen dekat Tuan Pengarah sebab Hj Botchap selalu mengular (kah2).

No comments:

Post a Comment