Maksudnya dah 21 tahun kitorang yg "taghabghed" (mengikut slang Fido & Bobo) masuk koleq (sebab Bobo & Fido payah nak sebut "thoroughbred" selalunya jadi "tawabwed", jadi kitorang tak selalu refer kepada "thoroughbred" ha ha). Kalau yang masuk masa Form 4, kira cincai lah pun dah 18 tahun masuk koleq.
Ni kira posting pertama tahun ni. Last year nya, ingatkan nak genapkan jadi 94 sebab Class of 94 (cee wah, tp bukan bermakna kami minat Che Wah '95) atau sebab nak samakan dengan tahun 04, mula-mula sekali blog batch ni mula merapu. Tapi apakan daya terlajak perahu boleh diundur, terlajak isap meleleh jawabnya bak kata Tuan Prez (bukan Prez MCOBA, yang tu TS Prez), aku jadi kemalasan. Si kundur yang 2-3 orang yang berjanji nak post pun tak banyak post, diorang post gambar-gambar lucah Syam dgn Jures pakai singlet nampak bulu ketiak (Mattop ada komplen kat aku kecik hati, sebab macam perli dia je, mentang-mentanglah dia dilahirkan ketiak licin).
Mula ingat nak post sampai 81, at least boleh samakan dengan Bobo, top jambu. Mulia lah sikit tahun 2010, tp tengok terlajak pulak sampai 83 ha ha. Aisey, yang ni garang sikit (sila rujuk no dobi Faz, dia pernah hentak kepala Epit dengan boot bola sebab kelas dia kalah dengan kelas aku masa Form 3 dulu, Epit yang jadi mangsa. Epit pun tak puas hati sebab dia kata aku kincing dia, kalau aku main masa tu mesti kelas aku kalah ha ha dan dia tak kena pukul). Jadi, tahun 2010 berakhir dengan kegarangan.
Bercakap pasal garang, tahun 2010 ni agak lah horror ha ha. Mula-mula kitorang kena gam (bukan gam yang itu lah!) dari MCKK, jadi secara perlahan-lahan kita tarik diri dari membantu MCKK. Banyaklah jugak kena maki hamun dan laporan-laporan yang menyusahkan kita nak teruskan beberapa program yang kita buat selama ni. Bapak-bapak Itik pun kecik hati jadinya, maka tamatlah Mighty Ducks Project dalam tahun 2010, seperti yang mula-mula KNO janjikan dulu. Aku cuba lah jugak pujuk dua tiga kali, tapi jangan diperah kelapa yang dah hampas, memang tak keluar santannya (kalau aku pakai pepatah lain korang terkejut lak). Kawan-kawan kita ni dah patah hati, jadi cukuplah disitu.
Nak terang kat budak-budak kecik kat Kuala susah jugak. Masa cuti sekolah baru ni diorang dok telefon berkali-kali mintak datang tengok diorang main dalam tournament, mintak tolong dll, tapi bila kita dah kayuh perahu, maka kenalah ikut arus nanti tersangkut di atas gong pasir macam team rowing dulu kalah dengan Clifford sebab sangkut kat gong pasir (kah3). Lama-lama diorang faham lah tu yang itu terbaik.
Tahun 2010 jugak satu-satunya tahun blog ni tak siarkan keputusan PMR, dan dalam Male-ing List mentula pun tak disebut langsung keputusan PMR. Tahun-tahun lepas mesti ramai yang datang check di sini nak tahu results. Tapi alhamdulillah, MCKK berada di no 7 dengan keputusan yang terbaik di dalam sejarah. Tahniah En Anand Baharuddin, tak sia-sia kitorang conteng trophy bola masa dia jadi coach dulu kah3.
Bercakap mengenai mentula, batch Ir Gadap yang tak pernah-pernah ada nama ni, tiba-tiba tahun ni dapat nama baru yang diterima ramai. Kita pun jeles jugak batch-batch lain banyak nama saintifik ni, macam kitorang tak pernah belajar sains je. Jadi kita pun pilih satu nama Latin - orang lain sibuk pilih nama kuda la, monyet la, kitorang pilih nama (ehem ehem) yang kelelakian. Mentula Ingens bermaksud a very big manhood (ha ha ha).
Dekad baru ini maknanya banyak yang berubah. Loque dah berubah dari jadi pemuzik grunge yang ganas menjadi papa beruang yang kiut sambil berlari-lari mengejar mak orang (ha ha). Rambut Fadli pun dah gugur sepenuhnya, lepas tu tiba-tiba Syam dah jadi fit balik (ha ha sumpah aku tak nak buat Sukantara sekali lagi, sah-sah Leman sayur ngan Ahmad, ye lah Syam dah boleh corner sambil senget ke tepi macam dulu kala). Aku pun tak leh nak sibuk sangat kacau budak batch, semua anak-anak dah besar. Anak kucing aku pun dah jadi tua, dia mesti nak mengawan lagi lepas ni.
Tapi 6 Januari tetap istimewa setiap tahun. Walau macam mana dhaif pun Mentula, 6 Januari tetap akan diingati.
Hujung minggu ini Mentula akan berkumpul di Bukit Jelutong dan meninggalkan anak bini, anak kucing, anak ayam dan anak ikan (kalau ada) untuk menyaksikan pertaruhan terbesar. Ir Gadap kata, kalau aku datang reunion ni (sebab dah banyak kali sangat aku you-keng-kaung-ong-me YKKOMkan diorang), dia akan HMMMMMM NYUM NYUM kan La'ba.
La'ba mencabar bahawa bukan mudah nak HMMMMMM NYUM NYUM kan dia especially kalau nak bagi muka dia biru, sebab kulit dia gelap. Sejak dari tu, Ir Gadap dah takut.
Tapi semua akan datang, kalau tak sempat nak tengok HMMMM NYUM NYUM pun, kita batak kambing golek!
ps: Happy anniversary, it has always been the best years of our life. There couldn't have been a better bunch of misfits and eccentrics, I hope we will stay like this till the end.
Cuba tengok muka Pyan, masa ni ala2 Ice Ice Baby tapi lepas 21 tahun...
Kah kah kah.....
aku baru perasan.
ReplyDeletemcm mana lak kno kira 17th reunion ni?
cfo tnb pakistan tarak bleh kira ka?
mula2 aku baca post ni dah rasa ada yg tak kena dgn noni masa dia mengarang....
ReplyDeletecontoh :
"(cee wah, tp bukan bermakna kami minat Che Wah '95) "
giler bell tahap ezam gaban lawak dia..
sampailah aku baca sampai 'kah kah kah'
mmg confirm noni tgh pressure dgn workload dia masa buat post ni...hehehe..
Selamat hari 6 January...hari aku lihat pelajar form 1 keluar kereta secara menjalar masa hari pendaftaran....si docmot
hahaha...kaki menjalar...kaki je keluar, badan tak keluar. rupa2nya kaki saja yang panjang.
ReplyDeletejangan dilupakan seluar hijau fadli dan juga capoe berpakaian seluar pendek.
Mana update2 terbaru?
ReplyDeleteCepat la upload
sabor la ha2 lepas kau tinggalkan kitorang di luar pagar kau dan selamba je pi "tahlil" masa tetamu masih ada di rumah, kitorang sambung meeting smpai pukul 7 ha2.
ReplyDeleteaku baru balik.