Saturday, September 17, 2011

Badut Hidung Merah

Badut dah pun berangkat ke Kota London untuk ke LSE. Buat Master. Kesian dia akan meninggalkan Red (buat beberapa bulan sahaja) tapi 3 bulan cukup lama untuk menyeksa Badut.

After all, Badut di depan kitorang bapak2 itik pernah cakap kat Red lepas habis meeting Mighty Ducks di Restoran Pelita: "sayang tunggu abang kat bilik ye...."

Dia nak suruh Red tunggu kat kereta, tapi sayangnya dia dekat Red, bilik saja yang dia ingat. Joke tu jadi legend antara kitorang dengan Badut, kalau dah kantoi gaduh dengan dia, cara nak menang balik argument suruh dia tunggu kat bilik ha2.

Aku sebenarnya tak pernah baik dengan Badut kat koleq. Dia dah la masuk lambat (he he), tak cukup inci lepas tu selalunya nak gaduh dengan aku. Dia satu kelas dari Form 1 sampai Form 3, memang selalu jugak la aku bertekak dengan dia.

Masa Form 5 lagilah, dia geng dengan Bobo yang memang berdendam dengan aku kerana mengidamkan buah jambu yang ada di laman aku (ha2 Bobo ;-)

Aku pun tak pernah boleh recall clearly bila agaknya aku betul2 rapat dengan Badut. Nak kata masa Mighty Ducks pun mungkin tak betul jugak sebab kalau aku dah yakin dia akan join(t) maksudnya dia dah rapat la tu.

Tapi our friendship was renewed through Mighty Ducks (dan juga usaha2 untuk menukar HM MCKK sebab Badut ni kira consultant tak bertauliah). Banyak kali giler dia temankan aku (or aku temankan dia) balik kuala or pergi tournament. Since kitorang ni macam bujang sebab takde anak, maka kitorang la yang paling senang jadi mangsa.

Aku pulak jadi mangsa dengar Badut bercekerama dengan Red masa dalam kereta. Aku jadi supir, dia bermanja2. Walaupun bulu roma aku naik meremang (ye lah dengar member kau bermanja2), aku tabik spring jugak la sebab pasangan Badut dan Red ni sangat berkasih-kasihan, tak macam sesetengah MIs yang selalu tinggalkan bini dalam kereta sementara dia borak sakan dengan budak2 batch ha2.

Kami yang bermentula besar ingin mengucapkan selamat maju jaya dan moga menjadi orang yang makin berguna kepada negara satu masa nanti. Kalau terlalu teringatkan kat Red, pandang-pandanglah pintu bilik.

Dan bila dah bosan kat sana, selalu-selalulah check BBM ke, whatsup ke, email ke.










5 comments:

  1. good luck badut! rajin2lah check KakaoTalk & GroupMe. Contact Nik kalau nak install. hehe :)

    ReplyDelete
  2. Badut, stock baby lotion dah habis?... hahaha!

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:27 PM

    kena buat welcome party plak lepas ni... hahaha

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:46 PM

    Dear Noni,
    1) I tak pernah panggil dia abang lah.. =p
    2) Sabar je lah.. pilih la gambar yg comel sikit nak letak kat sini.

    Sekian
    Merah yang berhidung merah

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:28 AM

    Ha2 comel apa gambar2 tu :-)

    ni aper cer your baby balik semula ni?

    ReplyDelete