Monday, September 03, 2007

SukanTERA 2008: Acara2 GolfTERA & FutsalTERA

Dua acara utama SukanTERA 2008 telah selamat dilangsungkan bulan lepas - GolfTERA and FutsalTERA. So far the events which dengan TERAnya dah dilangsungkan:

1) BowlingTERA
2) GolfTERA
3) FutsalTERA
4) Carey Award Race (CAR) masih lagi berlangsung

Acara kemuncak is acara2 balapan (ni trek and field la ni) di Padang Big School (Nota Kaki 1) dalam bulan Februari 2008 kelak.

Memandangkan aku tak hadir masa kedua2 GolfTERA and FutsalTERA kerana balik kampung menjalankan tanggungjawab mengadap mak bapak, maka terpaksalah aku depend kepada report2 yang diberikan oleh wartawan2 yang ada pada hari tu.

FutsalTERA

Salam,

Petaling Jaya, Ahad, 26 Ogos 2007 - Bertempat di Futsal Sports Centre, Petaling Jaya, Kejohanan FutsalTERA 2007 telah diadakan sempena Sukantara 2008. Kejohanan Futsal Tertutup antara Rumah ini adalah julung-julung kalinya diadakan.


Sambutan yang diberikan cukup meriah walaupun notis yang diberikan agak lambat. Para pemain serta pengurus telah sampai seawal 8.30 pagi walaupun Gelanggang hanya dibuka pada pukul 9.00 pagi. Pemain-pemain datang dari segenap penjuru termasuklah Ipoh dan Melaka. Syabas.


Sementara menunggu tempat tersebut dibuka, segelintir pemain dan pengurus bergegas ke Seksyen 14 untuk sarapan pagi dimana kebanyakan pemain telah memesan air limau suam. Cubaan untuk mensabotaj pemain2 dari rumah lain dgn cubaan memesan nasi goreng ayam serta tomyam dapat dipatahkan. Kalau tak salah sarapan telah ditaja oleh TNB Officer. Cubaan membawa pemain2 junior (9296) oleh pasukan I***s juga berjaya dipatahkan.


Setelah undian dijalankan, rumah Ahmad dan Mohd Shah adalah pasukan yang memulakan perjuangan. Keputusan secara terperinci ada disertakan bersama email ini. Sila buka attachment anda. Kejutan pertama berlaku apabila Sulaiman tewas ditangan Idris walaupun telah mendahului seawal minit ke-2. Foo, dinobatkan sebagai penjaring terbanyak iaitu 8 gol, diikuti dgn Balat, 6 dan Pica, 5 gol. Tahap kecergasan yang ditunjukkan oleh pemain 30an pada hari tersebut sangat memberangsangkan. Kita mungkin akan dapat melihat pertandingan yang lebih hebat pada acara olahraga nanti.


Secara keseluruhan, kejohanan ini diannggap berjaya berdasarkan penyertaan ahli-ahli Class of 94 yang sanggup turun demi menyokong serta berjuang demi rumah tercinta. Tahniah diucapkan kepada pasukan Ahmad kerana menjuarai Kejohanan ini dengan rekod tanpa kalah dan seri. Kepada pasukan Lemanz All Star, cuba lagi pada masa akan datang. Kepada semua ahli-ahli Class of 94 yang hadir, jutaan terima kasih diucapkan.Diharapkan jumlah ini akan bertambah apabila acara kemuncak diadakan pada tahun 2008 di Kolej Melayu tercinta.


Sekian, wartawan lapangan melaporkan untuk Berita Sukantara 2008.

Notes:

* special thanks to Mtop yang merekodkan semua keputusan perlawanan.

* thanx to NSTP yang menaja makanan tengahhari. (dan menyebabkan aiwa hilang konsentrasi pada perlawanan akhir..)

* to all managers, gud job guys.

* to all players yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi

* ampun dan maaf daripada pihak penganjur jika ada kekurangan.








GolfTERA

Diumumkan keputusan goltera 94 yang berlangsung pada 27 Ogos 2007 bertempat di Kelab Golf Staffield adalah seperti berikut:

Pertama- Mohd Shah (71 mata)
Kedua- Sulaiman (40 mata)
Ketiga- Idris (35 mata)
Keempat- Ahmad (19 mata)


Seramai 13 orang mengambil bahagian dimana para pemain MCKK terdiri seramai 5 orang dan pemain jemputan terdiri daripada 6 pemain RMC dan 2 orang rakan kongsi Sdr Afifi. Keseluruhan permainan dimenangi oleh pemain RMC dan tempat kedua berjaya digondol oleh Sdr Fadhil dan sukacita dimaklumkan bahawa pemain tercorot pada hari tersebut bukanlah dari kumpulan pemain MCKK.

Permainan individual ditentukan berdasarkan system 36 (modified) dimana para pemain diberi mata mengikut jumlah seperti berikut:

1- Fadhil (30 mata)
2- Ajak (20 mata)
3- Popeq (15 mata)
4- Ayien (10 mata)
5- Kadaq (5 mata)

Kehadiran: 5 mata
Par: 5 mata
Bogey: 3 mata

Bersama ini, disertakan gambar-gambar yang sempat dirakam sewaktu pertandingan untuk tatapan semua.


Permainan siri kedua liga golftera 94 akan diadakan selepas Raya 2007 dan pihak penganjur berharap agar lebih ramai pemain dapat menghadirkan diri untuk sessi kedua tersebut.

Sehingga berjumpa lagi.

Salam,

Ayien

NOTA2 KAKI

1) Lepas ni memang sumpah aku kena make sure kan dapat Padang Big School for the acara kemuncak. Dah setahun bersusah payah korang dok buat acara2 ni, tengok2 koleq tak bagi buat ha ha ha. Don't worry aku ada back up plan - kita buat kat Padang Clifford, boleh tak? Alaaaaa berlatar belakangkan Big School gak.

2) Selepas kegemilangan Leman dicemari oleh aksi tomoi Wong dan taktik kotor Md Shah hingga Leman kuciwa dan dapat results tercorot, berikut adalah diskusi post mortem yang berlaku:

Rifdi:
our winning ingredient:

foo ngan lat excellent forwards.. lat siap score goal chip tuuuuu vs m.shah.. foo top scorer!?
syam superb defence organiser..
fullbacks super fit turun naik pitch: badut & azwan..
keeper's mr.reliable: aiwa & kadak..
subs: jita & aku..

proud to be in the team..
go ahmad!

Hucs Je:
tapi aiwa memang hebat (berdasarkan first game yg aku tgk tu laaaa)

Mattop:
kau tak tengok aiwa main lepas dia melantak mee goreng satu pinggan penuh...
foo pun terkasima masa aiwa melantak tak ingat...
hahaha...

Suri Telebriti:
sebab tu mat shah tak kendang kuat2. takut kena perut aiwa, termuntah mee goreng pulak kang.. sure tutup court tu 7 keturunan nk bersih. lantaran menyebabkan ketewasan mat shah

Wong:
betul...Mat Shah berhati mulia.... kami tahu bagaimana susahnya nak bersih pitch futsal kalau mee goreng aiwa berterabour.....

Aiwa:
biar mee goreng berterabur.. jangan gigi berterabur (Faz vs Wong). hahahahha

[snipped ha ha]


More photos here.

12 comments:

  1. Takpe Leman..
    Jgn berputus asa! This is not the end!!!

    But not through manipulation ye Noni

    ReplyDelete
  2. pagi esok ramai laaa yang meraung2 ni sbb kena beat ngan kawaii lagi.

    nasib la korang.

    aku dah nak tido, lepas ni lambat dah nak update. he he

    ReplyDelete
  3. aku tak kesah kena beat ngan kawaii. yg menjadi persoalannya adalah, balik mengadap ibubapa tu tanda mengakhiri zamang bujang ka? bochap, sensasikan kabar angin ini !

    hijack : gerup mmg sunyi ke sume org berhati2 rules c.a.r?

    ReplyDelete
  4. mengadap orang tua x nak jadi tanggang la.

    apa rules c.a.r terbaru? Aku still ada peluang ke?

    Aku dah give up teruk sngt la leman kena belasah.

    ReplyDelete
  5. bowlingTera bila pulak?

    ReplyDelete
  6. setinggan overfloor5:24 PM

    bowling tera dah lama sudah...

    husband ko je tak datang.

    ReplyDelete
  7. sukantara or sukantera?

    ReplyDelete
  8. sukantala..

    ReplyDelete
  9. Sapet Carlos Sebenar11:56 PM

    sapa lak mengaku sapet ni?

    ReplyDelete
  10. uik noni,
    u dah ubah setting page ke, semuanya berada di atas dan sdr awi mesti suka sebab tak payah nak susah2 scroll ke kiri dn ke kanan..

    takde la list blog2 budak batch u dan other batch terlepas ke bawah...

    or is it because of my brother's laptop setting???

    ReplyDelete
  11. laptop setting kut. mouse ku masih tercungap2 scroll kiri & kanan.

    tak speret btul kerja ari sabtu.

    ReplyDelete