Tuesday, July 28, 2009

UniteFect di Paris @ Sessi Betik Bulan Ini








Laporan dari Doctor Giler aka DocMot (for Dr Moto) from Paris, hasil aktiviti membetik (yang dicover sebagai UniteFect chapter Europe):

Pada hari Jumaat petang yang lepas, di Kotaraya Paris, Perancis, aku kelaparan, maka aku pergi ke kedai Paki yg biasa aku pergi berhampiran dengan Hotel aku di Gare Du Nord. Kedai tersebut berada di kawasan halal dimana hampir seratus peratus restoran di situ Halal.

Pabila aku masuk ke dalam kedai itu, aku nampak seorang gadis bertudung membelakangi pintu masuk. Aku agak pasti itu rakyat Malaysia berdasarkan cara pemakaiannya.

Kemudian aku nampak minah ni bersama abang atau boypren ataupun suami terchenta. Mukanya tidak ku nampak kerana dia tunduk tapi mamat tu agak berisi juga lah.

Apabila mamat itu mengangkat kepalanya, aku rasa aku kenal mukanya itu .. tapi mukanya muka tension .. kenapa ? aku pun tak tahu ..

Setelah aku menunggu kedua dua merpati berjoli membuat order, aku pun tegur mamat tersebut .. Adakah anda Faidzal ? Mamat tu tengok aku .. dia tak cam aku ..

"Cis .. Pejal tak cam aku !!", kataku dalam hati

Aku pun mengenalkan diriku ... barulah dia cam aku .....

Aku masih kagum .. . setelah 15 tahun aku tak jumpa dia .. aku jumpa dia kat Paris, di kawasan tak touristik langsung, dan di kedai tersebut padahal ada 50 kedai lain yg berhampiran...

Setelah makan.. Pejal, Aini, Aku dan konco konco aku pi pekena kopi dan hot chocolate kat St Michel .. melihat night life di Kota Paris dan melihat gadis gadis yg lalu lalang di hadapan kami.

Majlis bersurai pukul 12 malam. Flight aku ke Malaysia 12 jam berikutnya.

Sekian laporan tak diundang.

5 comments:

  1. owh aku nak clarify, tak sempat nak letak dlm blog:

    pejal nampak rendah tu bukan sebab docmot tinggi giler semata2, memang dia bantut pun ha ha ha

    ReplyDelete
  2. betik apa nye..ini macam pisang montel dengan pisang emas...heheh

    ReplyDelete
  3. ha ha moto pisang montel & pejal pisang mas ka?

    aku rasa pisang tu bagi connotation cute & sexy. tak sesuai for both of them.

    ada buah yg besar & masam/pahit tak? baru suitable for them.

    ReplyDelete
  4. ada. jeruk pisang montel dan jeruk pisang mas. boleh?

    ReplyDelete
  5. terung panjang dan terung bulat.

    hmm.. aku rasa noni pikir lain dah tu

    ReplyDelete