Sunday, April 11, 2010

Perkahwinan Encik Rudi Hakimi di Sabak Bernam

Saya tidak dapat menghadirkan diri kerana ada tugasan yang mendesak pada hari itu, jadi laporan perkahwinan kali ini telah ditulis oleh Sdr Radin. Mungkin juga sebab perkahwinan yang ini serba-serbinya Jawa; jadi lebih sesuai Mas Radin yang menulisnya :-)


Aku, idzam, gabai dan syam; yg mewakili setiap rumah sepatutnya menaiki bahtera grandis ke sabak bernam. akan tetapi, nakhoda epit terpaksa mengundurkan diri pada saat akhir kerana beliau terpaksa bergegas ke sungai petani untuk mengahadiri pengebumian arwah pakcik beliau. (Nota 1).

Perjalanan kami bermula dengan berkumpul di Restoren Ali Maju Pusat Bandar Damansara dan bertolak pada pukul 11pagi. Di awal perjalanan di susur keluar GCE, saudara chibiok sekeluarga menyertai untuk berkonvoi bersama dengan kereta aku. Perjalanan kami semakin sukar apabila tiba di daerah sabakbernam kerana hanya berpandukan peta kad kahwin yang tidak berskala dan ia lebih bermasalah apabila mesin peta garmin syam tidak memberi sebarang petunjuk untuk ke Bagan Nakhoda Omar.

Akhirnya, dapat jua kami sampai ke lokasi sebagai rakan2 kolej melayu pertama yg tiba ke kenduri cop. kelihatan dari jauh, si raja sehari tengah sibuk memotong kek.




Selepas bersalaman dgn ucapan tahniah, kami terus menjamu selera. Kemudian, saudara presiden, khalid yg ditemani kalai tiba. Kelihatan pula fitt sekeluarga dan pyan sekeluarga.

Tidak lama kemudian, tiba toy & isteri, mache & sekeluarga dan loque & isteri (kalau dah kawin, takleh claim monoloque kan?).. di kala sessi bergambar, tiba pula peah & isteri dan tungkid & isteri (dah kahwin kan?)...

Ternyata lauk pauk kenduri cop yg bertemakan masakan Jawa memang menyelerakan. kami semua siap tambah nasi & lauk. buat pertama kali di kenduri kahwin, ada hidangan kerang rebus.


(sila rujuk gambar chibiok & gabai). 

aku tengok kalai pun melantak sampai dua pinggan (dia konon segan nak tambah guna pinggan yg dah diguna, then selamba je ambik pinggan baru). loque pun dgn selamba tambah lauk sepinggan.

aku rasa semua org makan gile2 kerana takut lapar balik sebelum tiba ke kuala lumpur. ada ura2 yg nak berhenti kat ijok untuk makan burger kerana takut lapar di petang hari.

dessert yg dijamu pula tapai pulut yg boleh memabukkan kalau dihirup airnya. khalid pula teruja untuk mencuba lantas bangun mencari tapai di stesen makanan.

suasana menjadi gamat dgn hilaian ketawa chibiok & rakan2 apabila semua mengetahui bungkusan lipatan daun pisang yg disangka tapai itu rupa2nya ada nasi lemak di dalamnya.

sila rujuk gambar sebagai bukti khalid dah kena bang bang boom. 

Sambil menjamu selera, kami juga dihiburkan dgn nyanyian karaoke. agak teruja apabila terdengar satu lagu bell 80-90an dinyanyikan oleh seorang mamat yg punya suara yg sama sengau dengan suara presiden kita.

ramai yg keliru. makcik2 yg dibelakang meja kami juga keliru, nyata jelas dari ngomongan jowo mereka.


seperti di kenduri kahwin lain, puak 1yengko buat hal sendiri mcm pesta reunion batch. pelbagai jenaka dan hilaian ketawa. ada juga cubaan dari kalai utk ngomong jowo.

rekod kehadiran amat memberansangkan kali ini walaupun lokasinya jauh. Mohon saudara toy dapat muat naik gambar dgn pengantin dgn kadar segera utk tatapan rakan yg tak dpt hadir.

Sekian.

Nota 1: Citer Grandis ni dah jadi legend of epic (befitting Epit si Tuan Punya) proportion

10 comments:

  1. setinggan overfloor8:36 AM

    bile pulak kita nak ke kemaman ni? buat 2 sekali la - ko dengan zahadin.

    ReplyDelete
  2. ha ha kalau nak immediately, aku kena kawin olok2 ngn zadin la!

    ReplyDelete
  3. sy menjawab bg pihak tungkid: iyer kami sudah berkahwin. masuk taun nih da 6 taun rumahtangga kami. btw, congrats again to kop + berd!!!

    ReplyDelete
  4. Idea yang bagus tu boss...
    jarang org JAWO buat kenduri ngan nasi lemak daun pisang. Ini satu IDEA yang sangat bagus......(hehe) Kena bagi cap JEMPOL kat tuan umah atas IDEA ini.......

    ReplyDelete
  5. ha ha bahaya ni, orng bangi pun dah smpai sini!

    ReplyDelete
  6. hahahaha jangan risau BOss...
    wa simpan rahsia lama dah. Mala ngan anna jer yang taw (Dun't worry) hehehe

    ReplyDelete
  7. Bochap Unlmtd12:43 PM

    Alamak ruff,

    Ini dah betul 1Malaysia ni,
    ada komen cingcong ni..
    sape leh translate?
    wak gugel boleh ke?

    ReplyDelete
  8. Anonymous5:22 PM

    google says it means "the original taste of this world you got a joke common people could be so rare"
    hmmmmm

    ReplyDelete
  9. sapa yg nak translate yg ni pulak?

    ReplyDelete