Saturday, May 15, 2010

Yengko di Hari Jumaat: Yengkoz 94 Menentang Penghalalan Judi Sukan di Malaysia

Abu Usama:

Setakat ini keadaan masih tenang walaupun polis dah mula membanjiri sekitar masjid. Kelihatan lorry pick up FRU baru sampai.Muka muka pendemo biasa masih tidak kelihatan.Ada nampak seorang mamat pakai baju PKR, mungkin anak buah Rough. 

Yengko yang berjaya ditemui ada dalam 4 orang dan semua yengko di taja nasi beriani kambing oleh OKW..Orang Kaya Wongek. Setakat ni 2 Mat Shah dan 2 Leman . 

Cuaca macam nak hujan. Ada tazkirah dari penceramah Arab sblm Khutbah tadi.

Skrg tgh bacaan Khutbah, kebanyakan yengko ambil peluang melelapkan mata utk kumpul tenaga sblm pertempuran berlaku. Dalam masjid ni aku rasa aku sorang jer tak tido. Tn Prez dah siap siap kumpul batu dalam poket seluar sblm masuk masjid tadi. 

Kalau hujan, perarakan ke Mid Valley* terpaksa di tangguh dulu. Sekian melaporkan live dari Masjid Kg Baru at 1.35 pm. Laporan lanjut akan menyusul.

Abu Usama:

Taik kucing punya khatib, punya la pjg khutbah. Tak habis habis lg ni.

Jijan:

Amacam Gadap Singh Walia?

Ape ceghite demo ? Guano?

Chibiok:

Gadap dah naik truck.

Tuan Prez, Khalid:

salams,

Saya telah hadir di Masjid Kpg Baru pada Jumaat lepas bersama beberapa orang kuat batch, antaranya saudara Gadap, saudara Wongek dan saudara Auzir.


(auzir tengah cerita macam mana duit epf kita semua dihabiskan. take note, gadap pakai baju mat shah! jari wong cok keng kat tepi)

Setelah merempit ke sana, saya terjumpa dengan Wongek, Gadap dan Auzir di bawah pokok ketapang... tengah makan nasi beriyani gam kambing. Perbualan agak serius, sembang miliyon miliyon. Maklumlah, pelaburan duit EPF rakyat Malaysia semuanya dikawal oleh saudara Auzir kita. Sambil mendengar, saya pun makan nasi beriyani gam yang dibelanja wong. (terima kasih wong)

Kami masuk masjid sebelum azan. Khutbah pasal guru and hari guru.

Setelah habis sembahyang, ada orang pakai Loudspeaker explain pasal konsert Pitbull.


aku pun konfius. 

1. aku datang salah demo ke? 

2. asal aku tak tahu pasal konsert nih?

tapi kemudian ada cakap pasal pemberian lesen judi masa world cup dan laungan takbir disambut kuat "Allahu akbar"

polis tiba2 datang and nak tangkap orang atas stage. keadaan jadi kecoh.


gadap and auzir transform ke plan B.

dalam pada itu, kami yang makin bersemangat untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi pusat judi sukan yang merosakkan bangsa, mula mencari jalan untuk membela mereka yang sedang dicekup oleh pihak polis.


Wong telah menggunakan kepakaran rock climbing nya, telah memanjat ke atas bangunan tepi masjid 


Wong panjat dengan poster....

Polis semua terpinga-pinga dengan kepakaran Wong memanjat, lantas orang yang dicekup polis tadi pun lari........

Lepas tu organiser suruh bersurai. Agak potong jugak ah sebab orang semua hangat dan Najib belum tarik balik lesen judi kepada Vincent tan lagi. So, kami pulang makan cendol. (lagi sekali wong belanja)

tapi kami berjanji sesama sendiri ....this is not the end.....takbir! Allahuakbar!

NOTE

* rancangan asalnya lepas demo nak berarak ke Midvalley ha ha.

4 comments:

  1. 100 markah buat Mohd Shah....takbirr

    ReplyDelete
  2. aku setuju, layak bagi 100 markah ha ha.

    klu gadap kena cekup, crv dia aku book ha ha.

    ReplyDelete
  3. hucs je8:54 AM

    mana gambor midvalley? aisehhhh

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:08 PM

    dagu Jay Leno auzir apsal dah tak prominent sangat dah sekarang ni?
    Banyak biz buat minyak dagu ke?

    ReplyDelete