Monday, July 12, 2010

Siri Yengko Wuz Ere: Gadap Belanja di Sari Ratu








Untuk memperhebatkan Siri Yengko Wuz Ere, satu gimmick telah dibuat dengan menjemput budak-budak batch datang ke Sari Ratu, Dataran Sunway Kota Damansara atas alasan untuk meraikan Mr Anand & Cikgu Yati, sebagai terima kasih pengorbanan Mr Anand sanggup buat kerja gila menjadi pengetua MCKK ha ha.

Padahal hari tu, rasanya Mr Anand ada di KK and memang last minute pun inform dia, mustahil lah dia boleh datang (lagipun dia bukan Bochap, sebut makan free je sanggup drive dari Johor).

Laporan-laporan langsung dari Kota Damansara:

Fadli:

Dengan rasa penuh rendah diri dan rasa syukur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ir Gadap kerana telah sudi membelanja rakan rakan makanan yang enak lagi lazat di Sari Ratu Kota Damansara berhdapan dengan bangunan pejabat yang dipunyai beliau sempena meraikan pelantikan Cikgu Anand sebagai HM Yengkoz!

Rugi siapa siapa yang tak datang !!
Gambar gambar akan dilampirkan oleh Ketua Majlis makan makan Rafizi Romeli.

sekian melaporkan dari Kota Damansara

Gadap:

Sama2. Saya juga ingin mengumumkan pemilik jam rolex berharga 25k adalah En Fadli Riza Bin Dato'Ramly dan beliau juga adalah pemilik jam Omega yg berharga dalam 19K. En Rafizi penasihat ekonomi Selangor pula kenching sbb maklum Yatex dan Anand akan datang,sedangkan tidak.Ini kenching kedua beliau selepas kenching pakai Full Malay dirumah Chamat dahulu. Sekian Maklum....hahahaha

Jures:

Ingin juga dimaklumkan cubaan Fadli untuk mencari video Ariel Peterporn gagal apabile apek penjual DVD sendiri tunduk malu apabila diajukan soalan 'itu porno punye takde ke?'.

Oh..ye, makanan di Sari Ratu sungguh lazat terutama 'Tunjang' yang berlemak itu. Terima kasih sekali lagi pada Ir Gadaffi.


Gadap:

Sama2. Dimaklumkan juga saudara Jures hadir memakai baju t-shirt ketat bagi menayangkan kotak belah 6 diperutnya....hahahaha.

Fadli:

Sangat Ketat dan jures datang dalam keadaan sungguh berpeluh peluh selepas lari 10KM

Jures:

Tipu ah tu hahahah.

Gadap:

Jgn bertelagah kita sebagai E51,E52 dan E53 harus bersatu padu!


NOTA KAKI

Presiden Yengkoz Wilayah Utara, Pak Tuan Syed Asrul sampai lambat sikit, so kami dah lahap semua sambil tunggu dia sampai. Lepas tu order la pulak second round kononnya untuk dia, tapi last2 dia makan sekeping dendeng, kitorang dah makan 5 ketul ayam! Kesian Pak Tuan.

Lepas melahap, kononnya nak balik cepat2 nak tengok World Cup - aku sambung bersembang dgn Fadli dlm kereta sambil park tengah2 jalan kat The Curve. Epit mesti jealous, nasib baik tak de RELA lalu lalang kalau tak dah kena tangkap ha ha ha.

Yengkoz Wuz Ere ditulis atas tisu nipis, punyalah payah aku nak bagi nampak. Sebab unlike dulu yg Jures dah print siap2, this time kurang bersedia.

No comments:

Post a Comment