Monday, October 27, 2008

Makan

Sekarang musim makan-makan (walaupun harga makanan naik melambung, tapi makan tetap makan).

Mula-mula sessi tahunan Silent Hours. Langsung tak silent lah. Kehadiran kurang berbanding tahun-tahun lepas atas alasan berikut:

"Sorry la brader keter aku rosak la" - Mttop
(sebelum tu elok2 je pi office masa weekend ada kerja lah, itu lah, tiba2 keter rosak)

"Sorry brader aku ingat nak naik motor tiba2 hujan pulak" - Buncit
(tapi sebab Buncit yg cakap ni aku percaya la, batak punya pasal Buncit sanggup meredah lautan api)

"Sorry brader mak sedara aku sakit la" - La'ba
(he he yang ni aku rasa authentic kot)

"Sorry brader aku kat Italy la" - Syam
(rekod kehadiran baik, so kira authentic la ni)

.... dan macam-macam sorry brader yg lain.

Tapi champion batak tetap di tangan Haji Botchap - yang datang all the way from Johor; siap dengan 20+ bungkus mee bandung khas dari Muar. Semuanya habis ditapau! Malangnya attire Hj Botchap - baju melayu (selepas dikincing oleh Idzam yang kononnya WAJIB pakai baju raya) - tidak memungkinkan Hj Botchap menyembunyikan karipap or ayam goreng berempah dalam poketnya.

Oleh kerana kami semua malas memasak, maka kita pun tempahlah food dengan caterer. Sampai2 je (lepas caterer dah balik), baru realise nasinya mentah! Letih KNO and Radin tanak balik nasi mentah....

Right after that, Badut & Red, Idzam and me sped off to KK for annual dinner anak2 itik. Ha ha tak pasal2 kitorang jadi VIP malam tu. Badut bagi speech, sebab if yours truly bagi speech tak makan la budak2 tu. Tapi Badut pun boleh tahan jugak membebelnya, tak kurang 15 minit kitorang dok dengar lecture pasal "commitment" ha ha.


Dalam diam2 pulak Badut pi sambung lecture (more like maki hamun) dengan anak2 itik Form 4. Marah Stadium Bukit Jalil tak habis lagi ha ha. Dalam keter 10 kali lebih Badut dok ulang dia puas hati boleh maki.


Red pun puas hati boleh main2 dengan anak itik kesayangan dia :-p

Masa Silent Hours, kitorang managed to pau sampai RM300+ tapi tarak cukup ha ha. Tunggu lah SMS dari kitorang, masing2 dah ada KPI berapa banyak nak kena collect.

3 comments:

  1. Anonymous5:50 PM

    eh mana gambar mat salleh sorng yg selalu ada dlm gambar anak2 itik?

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:00 AM

    rain or shine sokmo

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:07 PM

    ehhh ni bunyi2 mcm KD punya comment je ni? Return of KD as anonymous ke?

    ReplyDelete