Thursday, June 18, 2009

Analisis Aktiviti Spamming Yengko94

Seolah-olah aku kepingin nak buat analisis sebab dah kurang sikit buat financial analysis since dah tender ni kan, analisis spamming batch pun kira cukup baik nak menghabiskan gian. Lagipun rasanya batch ni tak habis lagi pancit lepas Sukanterer 2008 sampai sekarang tak recover lagi kepenatannya. Lesson learnt - when you asked a bunch of pak cik gemuk lari ala2 sukantara kat koleq dulu, muscle nak recover ambik masa lebih setahun.

Tapi dalam seminggu lepas ada peningkatan mendadak dalam aktiviti spamming, seolah-olah berkadar langsung dengan kenaikan Komposit Indeks di Bursa. Sebab tu aku pun ambik masa sikit la nak analisa, macam yang kat atas.

Ranking top spammer terkini adalah seperti berikut:



Kalau Chamat nak potong ranking Bochap, Chamat kena usaha lebih baik sebab margin terlampau besar setakat ini. Tapi disebabkan Bochap kat PTD dan PM (atas dasar "1Malaysia bukan bermakna 1Beremail") dah umumkan PTD tak boleh menghabiskan masa di internet dan email, Bochap sudah berbulan-bulan terkeluar dari ranking bulanan. Kalau Chamat tumpukan lebih usaha (and provided China does not decide to ban emails after this ha ha), Chamat mungkin boleh memotong Bochap dalam masa 7-8 bulan lagi (itupun kalau Bochap terus-menerus tak boleh check email kat pejabat).


Analisis top spammer mengikut rumah adalah seperti berikut:

Antara beberapa fakta menarik (ha ha kalau tak menarik pun ikut suka aku la, aku bosan) adalah seperti berikut:

1) Kalau setiap e-mail mengambil masa secara purata 2 minit untuk ditype dan dibaca; jumlah masa pejabat yang telah dibazirkan sejak tiga tahun lepas ialah 413,360 jam (sebanyak 98,419 e-mail telah ditype dan kemudian dibaca oleh 126 ahli Male-ing List)

2) Ini bersamaan dengan 17,223 hari bekerja yang telah digunakan untuk menulis dan membaca e-mail yang tidak berkaitan dengan pejabat

3) Maka secara purata, setiap orang dari batch ini (secara kesimpulan mudah) telah menghabiskan 136 hari sepanjang tiga tahun lepas menulis dan membaca e-mail yang tidak berkaitan dengan pejabat

4) Ini bersamaan dengan dengan 45 hari setiap tahun, iaitu 17% daripada jumlah 261 hari bekerja setiap tahun

5) Jika secara puratanya gaji yang dibayar kepada ahli Yengko94 berdasarkan umur dan kelayakan adalah RM7,000 sebulan, maka jumlah keseluruhan gaji yang dibayar bagi tujuan tidak produktif setiap tahun adalah RM1.8 juta iaitu sebanyak RM1.8 juta dibazirkan setiap tahun

Ha ha so employers out there, nak hire budak2 batch ni, pikir dua kali! Especially ada sorang PTD tu yang top the spamming ranking and even after 2 years, kitorang still tak leh beat his spamming record that earned him Carey "Spamming" Award 2008 :-)

6 comments:

  1. nih memang kes x ade keje ni ;D

    ReplyDelete
  2. ha ha tak de lah tak de kerja sangat, tp aku dah bosan ngn posting biasa.

    lepas ni kena buat laporan persiapan batch menghadapi futsal MCOBA!

    ba'ang bila nak balik Klang Valley, jom pi minum (while aku tengah bosan ni ha ha)

    ReplyDelete
  3. setinggan overfloor9:50 AM

    sigh...

    aku nak taubat la mcm ni...

    ReplyDelete
  4. eyh apa lak! kita kena pick up the momentum.

    aku tengah nak make sure this month's reached the level of 4,000+ emails mcm dulu2.

    aku akan buat personal plea to hj bochap & KNO & rumah Md Shah supaya sama2 menyumbang (since diorng senyap ni la email menjunam ni), demi 1Malaysia 1Koleq.

    ReplyDelete
  5. i'm at klang valley area lah nih..tgh cuti pun anyway..ada balance 2 mggu lagi..esok maybe pegi tgk wind orchestra kat PICC..

    ReplyDelete
  6. Jambu Batu8:27 AM

    Jangan lupa, on average, employees are only productive 80% of the time spent in the office.

    Sekurang-kurangnya, lagi 20% tu nampaknya telah diguna-pakai untuk mengeratkan sillaturrahim.

    ReplyDelete