Friday, November 27, 2009

Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama

Sebulan lepas genaplah dua tahun Allahyarham Shahrol Nizam Yusof kembali ke rahmatullah.

Walaupun dari kelas yang berbeza, beliau (yang setahun lebih tua dari kami) sangatlah rapat dengan kami dari Class of 94, kadang-kadang nampak seolah-olah beliau lebih rapat dengan kami berbanding dengan batch sendiri.

Benarlah kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Arwah Shahrol merupakan seorang yang jujur, rajin, ikhlas dan sangat disayangi. Pemergian beliau ditangisi semua orang hingga ke hari ini, walaupun kami tidak mampu mengotakan banyak janji kami kepada beliau untuk memberi penghormatan yang kena pada tempatnya, setaraf dengan kemuliaan beliau sebagai seorang yang berbudi pekerti tinggi.

Empat bulan lalu apabila saya mengambil keputusan beralih angin dari majikan lama, seorang teman rapat beliau yang tidak pernah saya kenali menulis e-mail berikut:

"I started to hear your name from my best friend Arwah Shahrol Nizam. He kept on mentioning your name everytime we spoke about our political scenario. Even though, somehow he did a U-turn at the middle of the journey but I still keep a close contact with him. 5 days before Hari Raya we met up at a mamak stall and we keep on arguing about politics and why he decided to join ***********. I knew I hurt him that night when I said to him he’s not going to get far in politics.

After Raya, he called me and said he wants to meet up but I couldn’t make it as I have a programs with my family. He was quite sad from his tone voice. Two days laters I received a phone calls from my friend that Shahrol has passed away. I was stunned……….

The reason I told you this story is because I want you to know that Petronas has lost 2 of the best staff within a short duration. I never talk to you as I never know you personally but after I read your letter, I know this is the guy that Arwah always mentioned about.

I hope whatever path you take after this is going to take you to a greater height and I will not be surprise if one day you will become a MP or Adun.

Take care my brother and please be strong in whatever you do in the future."

Al-Fatihah untuk beliau.

Saudaraku Allahyarham Shahrol, doa kami bersamamu sentiasa, janji kami untuk mengingati dan menjaga kebajikan warismu sentiasa diingati, Halalkanlah kelemahan dan kealpaan kami, Moga kemuliaanmu menjadi ikutan mereka yang pernah bertuah mengenalimu.

Kepada pelajar-pelajar Kolej Melayu generasi kini yang pernah mengenali beliau – contohilah budi pekerti Arwah Shahrol, akhlak beliau adalah cermin terbaik kejayaan MCKK mendidik anak-anak kampung.

1 comment:

  1. Arwah will always be remembered for his great kindness to the people.

    In the eyes of debaters, we always look up upon him as we may not have the same man to exist once again in this wheel of time.

    Al Fatihah untuk arwah. Amin.

    ReplyDelete