Saturday, June 26, 2010

Datuk Kuchai

Tengahari tadi saya telefon Kuchai, sebab ada nak tanya sesuatu.

Dia tak angkat. Aku ingat sebab dia tak bangun tido lagi, atau dia takut Gadap yang call. Semua orang takut kalau Gadap call.

Kemudian dia sms -"di balairung seri".

Kemudian barulah teringat - kawan kita dah dapat Datukship, so kena pegi rehearsal ha ha. 

Ini menjadikan Kuchai manusia kedua dari batch yang tak pandai tapi kurang ajar ini yang mendapat Datukship atau title. Manusia pertama adalah Tan Sri Khairel Rafezi Ahmad, yang dikurniakan anugerah Tan Sri Limpa Ikan oleh batch sendiri seawal Form 1 lagi dan sehingga sekarang dipanggil Tan Sri.

Kuchai adalah salah seorang EXCO BRU yang dilantik secara pukal masa Form 5 sebab dia lagi alim dari EXCO BRU yang dah dalam BRU sejak F2 (ha ha). Dia diberikan jawatan Ketua Imam surau Big School, yang secara langsung memberi pelepasan kepada saya untuk tidak pergi ke surau (pagi ada junior pergi pasang kaset mengaji, masa Maghrib Kuchai dah ada muahahahahahaha gelak setan).

Kemudian dia pun melanjutkan pelajaran ijazah pertama ke universiti yang sama dengan saya di UK, tetapi atas perbelanjaan sendiri. Kuchai dikhabarkan membuat pinjaman persendirian untuk membiayai pelajarannya dengan harapan dapat memohon pinjaman/biasiswa pelajaran dari Mara pada tahun kedua.

Malangnya krisis ekonomi Asia Timur melanda dan pinjaman pelajaran dibekukan.

Kawan kita ini yang teloqnya lagi besar (berbanding sesetengah orang yang mengaku secara terbuka yang teloq mereka kecil ha ha ha) ini membuat tindakan berani berhenti dari universiti dan memulakan perniagaan sendiri di UK, sementara bakal isterinya masih belajar.

Saya ingat lagi kawan kita mengambil tempahan komputer yang dipasang sendiri dan dijual di antara masyarakat pelajar Malaysia di UK.

Kemudian saya dengar beliau mengambil beberapa kelayakan professional dalam bidang IT di UK dan mula bekerja di syarikat-syarikat.

Kami bertemu kembali selepas saya mula bekerja di London dan beliau sudah pun pindah dan menetap di sana.

Saya dengan gaji kecil dan berjalan kaki (naik bas dan tube ke mana-mana) dan tinggal di satu bilik kecil di basement, beliau (yang sudah berkahwin dengan Tutie pada masa itu) sudah pun tinggal di apartment yang besar dan mewah di Edgware Road dan memiliki sebuah Porsche Boxter (pada masa ini, tahun 2001).

Kami pun balik Malaysia lebih kurang pada masa yang sama, beliau memulakan perniagaan ITnya sendiri. 

Beberapa tahun kemudian, Kuchai sudah kaya-raya dan kami makin papa kedana ha ha.

Yang baiknya, Kuchai tidak berkira dan selalu membantu projek-projek yang batch kurang pandai ini suka buat seperti bagi biasiswa kepada pelajar MCKK dan Mighty Ducks Project.

Sebab itu rezekinya murah, amiiiin.

Sekarang beliau juga ada satu restoran di Shah Alam - habis lah jadi mangsa batch pelahap ni lepas ini.

Akhir sekali, tahniah kepada Datuk Kuchai, berbaktilah kepada masyarakat dan ingatlah harta kekayaan itu juga adalah ujian Allah SWT agar kita berbelanja di jalanNya (termasuklah belanja kawan-kawan makan free ha ha).

NOTA KAKI

Pengajaran kepada ibu bapa, guru-guru dan semua yang terlibat membesarkan anak-anak. Kita hendaklah tidak terlalu judgmental dengan perangai dan pilihan anak kita, selagi dia sembahyang dan patuh pada kehendak agama. Sebab itu orang Melayu kata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Cerita Datuk Kuchai ini menunjukkan bagaimana seorang yang rajin, berani dan fokus kepada satu-satu matlamat boleh berjaya, walaupun jalannya itu jalan bukan konvensional.

3 comments:

  1. Anonymous8:53 PM

    Sepuluh perkara yang dapat menghalang sepuluh perkara:

    Surah Al-Fatihah - dapat menghalang kemurkaan Allah
    Surah Yasin - dapat menghalang dahaga pada hari kiamat
    Surah Ad-Dukhan - menghalang huru-hara dihari kiamat
    Surah Al-Waqiah - dapat menghalang kefakiran
    Surah Al-mulk - dapat menghalang azab kubur
    Surah Al-Kauthar - dapat menghalang kejahatan musuh
    Surah Al-Kafirun - dapat menghalang kekufuran ketika waktu nazak
    Surah Al-Ikhlas - dapat menghalang sifat nifaq
    Surah Al-Falaq - dapat menghalang hasad dengki manusia
    Surah An-Nass - dapat menghilangkan was2

    Kesimpulannya, kenalah kita semua mengaji untuk mengetahui mukjizat surah2 tersebut samada di dunia mahupun diakhirat.

    Kuchai

    ReplyDelete
  2. Hucs je9:18 AM

    Salam Kuchai,
    Aku doakan kau mendapat keberkatan hingga keakhirat dan terus menerus berbakti kepada ummah.
    Insha Allah. Doakan kami semua. JKK atas tips surah2 amalan.

    ReplyDelete