Wednesday, June 16, 2010

Janji Pilihanraya

Presiden Batch yang dilantik dan menang tanpa bertanding dari Pulau Pinang, Tuan Syed Khalid Alwi Al-Juned telah melaksanakan janji-janji pilihanraya tempoh hari iaitu untuk mengeluarkan surat pelepasan rasmi kepada Menteri Dalam Negeri masing-masing (read: isteri) bagi setiap aktiviti batch, supaya isteri tidak sangsi dan ragu-ragu.

Semasa zaman mula-mula berkahwin dan cinta masih mekar di rimba asrama, isteri-isteri selalunya akan turut serta mengikuti suami masing-masing. Entah kenapa, setelah hampir sedekad perkahwinan, lebih ramai isteri yang sanggup duduk di rumah dari berjumpa dengan teman-teman Yengko dalam aktiviti UniteFect! mereka. Lagi ramai yang lebih rela bersusah-payah dengan aktiviti lain semata-mata untuk lari dari aktiviti UniteFect!, contohnya Aini Isteri Pejal yang lagi rela naik basikal berpuluh-puluh batu jauhnya dari menemani Pejal ke aktiviti UniteFect!.

Masalahnya apabila sang kumbang dibiarkan terbang sendiri, ada sedikit keraguan kalau-kalau mereka curang. Bukan curang dengan bunga yang lain, tetapi khuatir kumbang mencari kesempatan melawati buah-buah yang sudah ditinggalkan - yang paling popular adalah buah jambu dan buah betik.

Jadi, untuk mengelakkan keraguan, dalam manifesto MENGANGKAT MARUAH BATCH KE TAHAP LEBIH TINGGI (sila rujuk video), Tuan Presiden telah berjanji untuk mengeluarkan surat pelepasan rasmi.

4 bulan setelah dilantik, pejabat beliau telah mengeluarkan bentuk surat pelepasan rasmi yang akan dikeluarkan.


Saudara-saudara diminta mula menggunakan surat pelepasan rasmi ini. Kepada isteri-isteri yang membaca, kalau suami menggunakan alasan UniteFect! tetapi tidak bersandarkan surat pelepasan, bolehlah mengadu kepada isteri Presiden batch agar 20 markah ditolak dari markah rumah terkumpul.

Walau bagaimana pun, setakat ini hanya satu janji yang baru dikotakan.

Untuk imbasan janji-janji pilihanraya Tuan Presiden, kita perlu ingat ucapan berkempen Februari lalu (walaupun lebih subtle dari pendekatan I-HELP-YOU-YOU-HELP-ME yang digunapakai dalam 2 pilihanraya kecil yang lalu):


3 comments:

  1. e-com7:27 PM

    Satu lagi projek oleh Kerajaan Khalid Al-Juned!!

    Tahniah!!!

    ReplyDelete
  2. You-help-me-I-help-you.

    Yeah!

    ReplyDelete
  3. e kepala tujuh puluhan7:39 AM

    now, i ken kaung on u....not u noni kapet, tapi mr prez..hehehe

    ReplyDelete